Rumah burung walet gagal - Kaedah berusaha penyelesaian disini.


BURUNG layang-layang (Walit) berwarna hitam sejenis burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Berdiam di gua atau rumah dalam persekitaran yang lembap.
Hasil daripada penternakan walit adalah sarangnya yang diperbuat daripada air liurnya (saliva). Ia berguna untuk membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Burung Walit lebih cenderung memilih suasana persekitaran suhu yang stabil antara 25 - 28 ºC, kelembapan 80 -90 % dan kegelapan ≤ 1 Lux.
Ciri-ciri utama dalam menyediakan habitat kepada haiwan itu, adalah bumbung bangunan hendaklah diperbuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Inkubator boleh dijadikan sebagai alternatif kepada habitat mereka.  
Pembinaan inkubator pula mestilah sama seperti habitat asal supaya ia memberi pulangan yang tinggi kepada penternak.
Ketua Penyelidik, yang juga pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Izhar Ahmad berkata, inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk unggas serta mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan.
"Sehubungan dengan itu, PTSB menjalankan penyelidikan Inkubator Penetasan Burung Walit, satu misi bagi membangun dan menggiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi sekali gus merancakkan lagi industri ini," katanya.
Pengarah, PTSB Mejar (K) Mohd Noor Shahudin menjelaskan, inovasi ini dijalankan oleh lima penyelidik PTSB dan inkubator ini memudahkan pihak industri terlibat.
"Pihak kami berjaya memperoleh geran penyelidikan (Jaringan Penyelidikan Swasta – Awam) pada November lalu untuk membangunkan inovasi ini.
"Projek di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini dibangunkan bersama, Mohd Aswadi Muhamad, Hafiz Reza Haron, Sharuddin Hussin, Hanizam Ibrahim," katanya.
Tambahnya, idea ini dicetuskan setelah mendapati kesukaran yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mendapatkan induk unggas melalui pengeraman azali yang memakan masa, selain kualiti penetasan yang konsisten. Inkubator ini akan diserahkan kepada syarikat Layang-Layang Maju Enterprise yang beroperasi di Arau, Perlis dalam masa terdekat.  
"Projek ini ambil masa enam bulan, kami harap inovasi ini memudahkan industri penetasan walit serta industri hiliran lain hasil daripada sarang burung walit," katanya.
1.Jalan penyelesaian :- cara saya.
Kita ternak sebanyak bolih anak-anak walet muda.- guna Inkubator khas.
Kita besarkan bersama suara yang kita doakankan bersama "Niat" -kasih sayang.
Kita beri ia makanan yang terpilih agar ia membesar dan suka pada layanan rumah RBL kita.
Kita adalah pelindong kepada mereka makhluk allah.
Hasilnya ....2.5 niatkan untuk pemberian zakat.
Insallah anda berjaya.. 
Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments