HABITAT BURUNG WALET / ANAK YG BARU BELAJAR TERBANG /SARANG JUALAN



Burung walet biasanya bersarang di penjuru rumah.
Nilai komersial burung walet memang diakui dan jumlah pengusaha yang ramai menunjukkan industri tersebut mendatangkan keuntungan.
Pernah satu ketika, harga sarangnya mencecah antara RM3,000 dan RM25,000 iaitu jenis sarang putih yang belum dibersihkan.
Meskipun sebelum ini ramai yang keliru dengan burung layang-layang, tetapi terdapat perbezaan ketara jika dibuat perbandingan manakala persamaannya pula ialah sarang kedua-duanya amat berharga.
Burung walet dikatakan mudah didapati di sekitar rantau Asia Tenggara tetapi sebahagian besar kita hanya mengetahui ia tertumpu di Malaysia dan Indonesia.
Jumlah pengusaha sarang burung walet tempatan ketika ini agak tinggi iaitu kira-kira 70,000 yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Sarang burung walet banyak ditemui di gua termasuk Gua Niah di Sarawak.
Pembinaan sarang burung walet pula memerlukan pelaburan besar seunit rumah kedai atau gedung kosong tiga tingkat berukuran 70 kaki X 20 kaki.
Berdasarkan kepada senario dan sifat-sifat burung, kos pelaburan tersebut terlalu berisiko kerana jika gagal memilih lokasi yang sesuai, ia memungkinkan rumah kekal kosong dalam jangka masa yang panjang tanpa dihuni oleh burung walet.
Burung walet biasanya membuat sarang selepas tiga bulan memasuki bangunan dan ia bergantung kepada keadaan gelap, kelembapan dan suhu di kawasan tersebut.
Sarang burung ini dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liur.
Oleh itu cecair yang dihasilkan digunakan untuk membuat sarang yang mungkin dianggap kotor, sebaliknya kajian menunjukkan sarang burung tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi.
Sarang dapat disiapkan dalam tempoh 45 hari dan biasanya sarang burung dibuat di kawasan sisipan rumah sesuai dikutip dalam dua keadaan iaitu waktu sebelum bertelur atau selepas bertelur
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments