Contoh Rumah Burung Layang-layang Berkos sederhana tinggi

Anda inginkan sebuah RBL yang berkos tinggi?? Pak Din juga boleh membina RBL RBL yang setanding dengan harganya.. ermmm tetapi kenalah keluarkan duit lebih dari biasa.. 

Rumah di bawah dibina dengan kos lebih tinggi dari biasa...melebihi 100K. Jika ingin rumah sebegibi kenalah keluarkan wang simpanan yang lebih. Jika anda ada lebihan wang...kenapa tidakkan?? pelaburan untuk jangka masa panjang..


Mengambil masa antara 3-4 bulan ianya telah pun disiapkan dan hanya hiasan dalamannya yang masih sedang di sediakan. Dalam masa yang terdekat ianya bakal beroperasi..

Dalamannya di perbuat dengan batu-bata tetapi keseluruhannya menggunakan konsep yang sama di mana hanya sebahagian sahaja di sediakan dengan rak-rak dan papan pembiakan, bertujuan memberikan ruangan yang lebih besar dan selesa bagi burung masuk dan berlegar di dalamnya
.
Add caption

Ruangan yang luas bagi burung berlegar menjanjikan keselesaan bagi mereka masuk dan memilih tempat yang sesuai untuk bertapak dan bersarang.. Suasana dalaman yang kelihatan sedikit gelap juga amat sesuai untuk mereka kerana ia seakan berada di dalam gua.. habitat asal mereka.
Bentuk L di dalamnya juga memberikan  suhu yang lebih senang di control dan dengan hanya menggunakan 1 atau 2 humifier.. keadaan suhu dan humiditi dapat di rasai di keseuruhan dalaman rumah tanpa menjadikan papan-papan pembiakan basah atau lembap.


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

askum.pakdin berapa keluasan unt nesting plank
Unknown said…
waalaikum salam..dianggarkan untuk kira2 15 kilo sarang jika penuh