Informasi Burung Layang-layang


Burung layang-layang gua atau Aerodramus fuciphagus merupakan spesies burung layang-layang yang menghasilkan sarang yang bermutu tinggi selain daripada burung layang-layang sarang hitam atau Aerodramus maxima. Taburan spesies amat luas bermula dari Kepulauan Andaman, Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Sunda.

Burung layang-layang gua ini mempunyai saiz yang kecil iaitu antara 110 – 120 mm. Bahagian bawahnya berwarna hitam pudar, manakala bahagian tongkengnya berwarna keputihan ke hitam kecoklatan. Burung layang-layang gua ini mempunyai kaki yang pendek dan amat sukar untuk ia menghinggapi di ranting pokok atau wayar. Disebabkan itu, kebanyakan burung ini hanya bergantung di permukaan gua atau di sarangnya sebagaimana yang dilakukan kelawar. Di samping itu juga, ia mempunyai sayap yang panjang melebihi badannya. Oleh itu, ia amat sesuai untuk melayang di udara untuk mencari makanan, minum, tidur dan mengawan.

Burung layang-layang gua ini hidup berkumpulan dan berpasangan hingga ke ahkir hayatnya. Sarang yang dihasilkan itu dibuat sepenuhnya daripada air liur dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan untuk disiapkan. Biasanya burung ini akan mengeluarkan dua (2) biji telur berwarna putih dalam satu musim pembiakan. Dalam setahun, terdapat tiga (3) kali musim pembiakan iaitu dalam bulan Disember, April dan Ogos. Anak burung akan dijaga selama 45 hari sebelum ianya boleh berdikari dengan sendirinya dan mereka diberi makan serangga terutamanya anai-anai (winged ant), semut (Isoptera), kumbang (Coleoptera), dan sebagainya. 


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments