LPP MEMBELI SARANG WALET- SAMA SAMA KITA BINCANGKAN




Purata harga sarang yg dibeli sekitar RM1,100 sekilo/kotor
LPP beli rumah walet

bukan rumah ...yg dibeli sarang.
Industri sarang burung walet ada potensi besar dalam pasaran sehingga kini menjadi antara sektor pertanian popular dalam kalangan usahawan.
Ini berikutan sarang burung walet antara komoditi yang mampu meraih harga tinggi di pasaran.
Statistik pembangunan industri mengganggarkan lebih 40,000 rumah burung walet dibina dan beroperasi di seluruh negara sejak tahun 2008.
Selain itu, kerajaan menjadikan industri itu sebagai projek permulaan berimpak tinggi dengan sasaran nilai eksport berjumlah RM5.2 bilion menjelang 2020.
Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mohd Salim Taha berkata, sasaran itu mempunyai asas kukuh dari segi keupayaan negara mengeluarkan sarang burung walet dan menerajui pasaran dunia.
Beliau berkata, LPP tidak ketinggalan menyokong saranan kerajaan melalui peruntukan disalurkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
“Tujuh pusat pengumpulan sarang burung walet ditubuhkan Pertubuhan Peladang. Pusat ini berfungsi mendapatkan sarang burung walet daripada pengusaha,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian (MoA) pembelian rumah sarang burung walet membabitkan tiga peringkat Pertubuhan Peladang dengan Duta Sialin Biotechnology Sdn Bhd (SIALIN) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP Nasir Harun, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Ab Rahman Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif SIALIN Datuk Sia Swee Seng.
Mohd Salim berkata, LPP dan SIALIN sudah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama mencapai matlamat bersama dalam industri burung walet.
“Ia termasuk perjanjian jual beli tujuh pusat pengumpulan sarang burung walet termasuk Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, PPN Terengganu dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang, Kelantan.
“Selain itu, PPK Bandar Baharu, Kedah; PPK Manjung Selatan, Perak; PPK Tanjung Karang, Selangor dan PPK Pagoh, Johor,” katanya.
Menurutnya, selepas dua tahun kerjasama dengan SIALIN, prestasi jualan burung walet di pusat pengumpulan berjumlah 350 kilogram (kg) membabitkan nilai RM409,000.
“Jumlah ini dijangka terus meningkat pada tahun ini berikutan SIALIN mendapat kelulusan dari China untuk mengeksport sarang burung walet sebanyak 450kg.
“Kami berharap semua pusat pengumpulan dapat mengambil peluang ini dan seterusnya meningkatkan usaha menambah hasil jualan sarang burung walet kepada SIALIN,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110151#sthash.puZJBc5S.dpuf

pandangan diharap sama sama munafaat dan pandailah 

usahawan walet nego.
Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments