Teknologi Nukler Membantu Industri Sarang Burung Walet 2016

 Tenaga nuklear adalah antara sumber tenaga alternatif yang mendatangkan pelbagai manfaat dalam kehidupan manusia merangkumi pelbagai bidang.termasuk pertanian.
Kesan asal usul burung walid

Selain penyelidikan untuk menambah baikkan baka tanaman, Salmah berkata, beliau turut bertanggungjawab dalam kawalan mutu dengan menjalankan analisis terhadap kandungan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang digunakan secara meluas dalam industri perubatan herba, kosmetik dan penjagaan kesihatan. "Biasanya kajian yang dijalankan adalah atas permintaan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan yang bertanggungjawab mengeluarkan permit terhadap produk berkaitan," katanya. Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, Salmah berkata beliau kini sedang menjalankan kajian terhadap produk sarang burung walid untuk mengenal pasti ketulenannya. Katanya, kajian itu adalah atas permintaan Kementerian Kesihatan sendiri berikutan adanya dakwaan produk sarang burung walid di negara ini mengandungi bahan campuran lain yang tinggi kandungan nitriknya sehingga dilarang dieksport. "Menerusi teknologi nuklear kita cuba mengesan asal usul burung ini sama ada ia benar-benar berasal dari Malaysia atau mungkin produk yang dihasilkan adalah daripada sarang burung yang diusahakan di negara lain seperti Indonesia. "Penyelidikan yang sedang dibangunkan ini akan diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Veterina bagi tujuan penguatkuasaan," katanya. Salmah berkata, kajian yang dijalankannya itu disifatkan cukup penting demi keselamatan pengguna selain melindungi produk sarang burung walid yang dianggap cukup bernilai tinggi kerana harganya mampu mencecah RM10,000 bagi setiap kilogram.
Harapan kita 1... kerjayaan membantu indutri burung walet ketahap yang terbaik. Bukan hanya bertujuan penguatkuasaan sematamata sehingga menekankan usahawan dalam industri ini menjejaskan export. Perlu ada koleberasi bersama. elakan penyeludupan sarang secara haram kenegara jiran sehingga menjejaskan hasil negara. Setahu pakdin 10tahun dahulu kutipan hasil cukai sarang burung bernilai jutaan ringgit. Pikirkanlah.....


Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments