Skip to main content

Malaysia harap kilang proses sarang burung diluluskan

PUTRAJAYA 23 Mei Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang dalam usaha mendapatkan kelulusan bagi 11 buah kilang memproses sarang burung untuk dieksport ke China daripada pihak berkuasa negara itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini sebanyak
(8)lapan kilang pemprosesan sarang burung tempatan telah mendapat kelulusan untuk dieksport ke China.
Menurutnya, eksport bagi lapan kilang memproses sarang burung itu ialah 8,000 kilogram dengan nilai mencecah RM62 juta sehingga Mac tahun ini.
“Sekiranya Kementerian Pertanian China dapat mempercepatkan proses kelulusan 11 kilang ini, nilai eksport akan meningkat lebih RM100 juta, kita harap perkara ini dapat dimuktamadkan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertanian China, Zhang Taolin ke kementerian tersebut di sini, semalam.
Harapan tahun 2016 MADA jv. Layang Layang Maju Ent. sebagai kilang pengexport bersama sarang burung cuci halal yg terbesar diutara.semenanjung. ammin..sama sama kita doakan.
Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments