Satu Desa Satu Industri 2014 (SDSI) MITC Melaka

Sdsi Melaka Masa Majlis Pelancaran Baru Baru Ini
(4 Dec- &dec.2014)

BOOT Pak Din Bersama KPDNKK  Dengan Perbagai Agensi SSM/Bank Rakyat/Myipo dan SKM


Sekalung penghargaan dari pakdin dan kawan kawan dari Koperasi Groom Big (Melaka/Johor/N9) kerana kami diberi peluang bersama MITI/KPDNKK & SKM di pamiran SDSI baru baru ini di Melaka. Peluang begini adalah untuk mengetengahkan produk masing masing. Alhamdulillah kami menggunakan sepenuhnya peluang yg diberikan sebagi usahawan . Jumlah pengunjung selama 4 hari berlangsung SDSI 2014 ini adalah dalam 100ribu orang. Kebanyakkannya pelawatnya dari orang tempatan ,Johor dan N9. Bercuti dan berkunjung sembil beriadah. Pada kami tidaklah mengharapkan jualan sebagimana d MAHA. kerana kami faham SDSI adalah pamiran usahawan yg terhad pada usahawan tertentu. serta kuasa beli adalah kecil. 
Apa yg menjadi tanda tanya pd kami adalah tiadanya pengunjung daripada Singapura / Brunai / Thailand dan Indonesia . Kenapakah belaku sebegini ?..sedangkan SDSI adalah pemiran diperingkat Kebangsaan .Adakah kerana kurangnya hebahan ?..dlm media sosial d negara negara jiran ?..Peranan Media Elktronik bagaimana ?..pada pandangan pakdin seandainya jika suasana sebegini berterusan di tahun akan datang 2015 dan seterusnya maka rasanya kuranglah sambutan d adakan SDSI setiap tahun dengan perbelanjaan yg besar. Sesuatu program dari tahun ketahun perlulah dibuat posmotem demi kemajuan mengikut perkembangan semasa. Nampaknya Format yg sama sahaja 3x diadakan ..pihak penganjur perlulah berani mengadakan pembaharuan yg lebih berkesan dan bermakna. Moga pembaharuan memberi makna pada  pengunjung dan usahawan.
Sebad pakdin nampak ada rungutan dari pengunjung dan usahawan dalam banyak aspek.
Marilah kita sama -sama memberi pandangan moga SDSI ditahun akan datang kearah yg lebih berdaya  maju dan berdayasaing.
Hubungi Kami:011-14480600/ 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments