SARANG BURUNG BELUM DIBERSIHKAN MASUK PASARAN CHINA TAHUN DEPAN 2016

SARANG BURUNG BELUM DIBERSIHKAN MASUK PASARAN CHINA TAHUN DEPAN 2016

XIAMEN (China), 7 Sept (Bernama) -- 
Pengusaha sarang burung walit Malaysia dijangka boleh mengeksport sarang buruh segar belum dibersihkan ke China tahun depan, kata Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia Datuk Lee Kong Heng.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Malaysia sedang merangka perjanjian mengenainya bersama pihak berkuasa berkaitan di China."Jika semuanya berjalan lancar, kami berharap sarang burung segar dan belum diproses boleh dieksport ke China tahun depan," kata Lee kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek Cubilose Capital Investment China dan mesyuarat pertama Southeast International Cubilose Industrial Alliance di sini pada Ahad.
China menarik balik larangan ke atas eksport sarang burung mentah bersih ke negara itu pada 2013, namun hanya lapan (8) syarikat dibenarkan mengeksport sarang burung mentah bersih ke China.
Difahamkan pihak berkuasa China pada asasnya membenarkan sarang burung segar yang belum dibersihkan dieksport ke China, tertakluk kepada protokol yang dipersetujui oleh Malaysia dan China.
Sementara itu, Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia menandatangani perjanjian projek Cubilose Capital Investment dengan tiga syarikat China - Lead Evergreen (Beijing) Investment Co.Ltd, Xiamen Haicang Investment Group Co. Ltd dan Xiamen Evernest Chain Operation Co. Ltd, membabitkan projek pelaburan sarang burung di sini.
Majlis itu disaksikan Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting. Turut hadir Menteri Penasihat Ekonomi di Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong Yi. Projek itu yang meliputi kawasan seluas 38,000 meter persegi terletak di.daerah Haicang Perbandaran Xiamen. Ia melibatkan pelaburan 10.8 bilion yuan. Projek sarang burung itu dijangka menjana nilai pengeluaran 10 bilion yuan apabila siap pada 2016.
Pelaksanaan projek pelaburan itu bertujuan mentransformasikan Xiamen sebagai. bandar sarang burung.
--BERNAMA
NSW NSW LAT


09/07/2014 19-12ST
Mari kita kenali Bandar Xiamen- China
PETA NEGARA CHINA . KEDUDUKAN  WILAYA XIAMEN  HADAPAN PULAU TAIWAN

KEPADATAN PENDUDUK  3 JUTA ORANG /SEBUAH BANDAR MAJU. D CHINA.

GAMBAR  BANDAR XIAMEN



D MANA KAH PELUANG KITA SEBAGAI USAHAWAN BURUNG WALET BUMIPUTERA ?...
PERLUKAH KITA BERGABUNG ?....BAGAIMANA ?... BERAPA HARGA SARANG BURUNG MENTAH D SANA ?... BAGAIMAN NK DAPATKAN LESEN EXPORT SARANG KESANA ?..APA YANG BOLIH AGENSI KERAJAAN  (moa) BANTU KITA ? ...SIAPA NK JUAL D SANA ?....
ee....JIKA ANDA BERMINAT BERGABUNG SERTAI KOP...Insaalah . pikirlah untuk mendapat pasaran yg berterusan (kekal) demi masa depan dan generasi kita.
sama-sama kita memeriahkan hasil sarang burung kita sebolihnya thn 2015 keatas.. jangan nanti bila sarang burung (walet) kembali memcecah sekilo rm10,000 sekilo baru kita nampak mulakan .sertai industri ini . Pikir-pikir lah tidak semudah untuk senang dlm jangka masa yg singkat. sama -sama berdoa dlm kerjayaan dan diberkati Allah .
Hubungi Kami: 012-4370347/ 01114480600  Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments