SYABAS MOA MEMBANTU PASARAN HALAL BUMIPUTERA 2014 KE CHINA

iSMAIL Sabri Yaakob (kanan) melihat produk industri asas tani untuk dieksport ke pasaran Xian,China di Putrajaya,.
PUTRAJAYA 18 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk mengeksport kira-kira 1,000 jenis produk halal tempatan ke Wilayah Xian, China menjelang hujung tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, eksport berkenaan adalah untuk memenuhi permintaan dua pasar raya di wilayah hab halal China itu untuk mendapatkan produk dari negara ini.
Beliau berkata, dua pengimport utama tersebut adalah San Bao Shuanxi Halal Mart Supermarket dan Regal Plus Trading Limited.
"Sebelum ini, rakan kita di China telah bersetuju untuk membuka ruang yang lebih besar kepada produk Malaysia.
"Setakat ini, hanya ada sekitar 200 jenis produk tempatan di Xian dan mereka telah janjikan untuk membenarkan sehingga 3,000 produk dibawa masuk untuk memenuhi permintaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau sesi saringan produk tempatan ke pasaran Xian di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman.
Sebanyak 170 usahawan tempatan menyertai sesi saringan tersebut bagi memenuhi permintaan mengimport sebanyak 1,000 unit stok simpanan produk melibatkan jenis makanan, minuman, sejuk beku dan herba.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementerian juga akan menganjurkan satu seminar dan ekspo halal di wilayah tersebut pada Oktober ini.
Beliau berkata, penganjuran program berkenaan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Wilayah Xian sebagai pintu masuk produk halal Malaysia ke China.
"Program itu akan melibatkan usahawan, pengimport, pembekal produk Malaysia di Xian dan usahawan daripada kawasan sekitar wilayah tersebut.

"Sehubungan itu, kita telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa dalam menjayakan sasaran tersebut," katanya.
Mari kita Mengenali Bandar Xian..
Dimana...?..di China.
 Sebuah Bandaraya Yang Kaya Dengan Sejarah Ketamadunan China yang Maju..Terletak Di Tengah Tanah Besar China / Spt' Kuala Lumpur.
 Penduduk bandaraya ini berjumlah hampir 10 juta..
 Kapesiti Penduduk Yang Padat.
 Pak din sarankan usahawan burung walet ..memperbagaikan  hasil sarang burung agar di jadikan produk minuman atau makanan. Jangan hanya inginkan jual sarang sahaja .Tahukah anda berapa keuntungan yg bakal kita perolah dari produk hiliran sarang burung ?....... Dari sini maka kita akan peroleh banyak hasil yg bakal menjamin pasaran sarang.kita dan harga yang menarik. Kita tidak akan rugi kerana kita punya plaform yg kukuh disokong olih hasil rumah burung kita .tanpa kita bergantung pd sarang orang luar. Kualiti  dan penghasilan yg terjamin.Jadilah pengusaha rumah burung yg berwawasan dan membentuk diri kita sebagai usahawan tulin.
Rebut lah peluang ini .....yg disediakan oleh MOA...sentiasa menjadikan MOA rakan karib anda.
contoh produk pakdin .
 To Be In China End Of This Year..


Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments