Kenal pasti produk halal ke China


Kenal pasti produk halal ke China

KUALA TERENGGANU 17 Jun - Kerajaan setakat ini telah mengenal pasti beberapa jenis produk halal yang akan dipasarkan di beberapa wilayah di China bagi memenuhi permintaan pengimport negara itu, termasuk membawa masuk 1,000 jenis produk dari Malaysia.
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Sidek berkata, untuk peringkat awal, produk seperti teh serai, coklat dan biskut dikenal pasti berpotensi untuk menembusi pasaran di negara berkenaan.
Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga sedang berusaha keras untuk mengenal pasti jenis-jenis produk lain bagi tujuan serupa termasuk membimbing usahawan-usahawan menerusi seminar dan sebagainya bagi memenuhi permintaan itu.
Beliau turut mengakui mengenai kerisauan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari segi kemampuan memenuhi permintaan setinggi itu daripada negara tersebut.
"Kita sedang berusaha keras untuk bimbing usahawan-usahawan kita, kalau satu usahawan tak mampu penuhi kehendak itu (pengimport China), kita akan kumpul beberapa usahawan dan mereka kena ada kesepakatan dan standard yang diperlukan," katanya.
Ahmad Zakaria menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2014 dekat sini hari ini. Seminar itu dirasmikan oleh beliau bagi mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wan Darman Wan Abdullah dan Pengarah Bahagian Bio-Sekuriti Jabatan Pertanian, Faridah Aini Muhamad.
Menurutnya, usaha untuk memenuhi permintaan pasaran di China bukan perkara remeh sebaliknya perlu diperhalusi selain persediaan rapi demi peluang perniagaan jangka panjang.
"Kita bukan sekadar hantar (produk) sekali saja dan lepas itu diam, kalau kita nak mula hantar, kena pastikannya berterusan dan itu merupakan cabaran kita," katanya.

Tambahnya, seperkara lebih penting adalah dari segi kewibawaan Malaysia yang meletakkan produk halal untuk dipasarkan ke China dan reputasi negara dalam aspek itu perlu dijaga dengan sebaiknya.
Pakdin serankan diujudkan gabungan usahawan diseluruh negara.dimana diujudkan satu badan pengurusan yang cekap untuk mengendalikan permintaan pengimport dari china...bersama diujudkan tabung bantuan bagi sokongan modal teroka kepada usahawan moga produk dapat dikeluarkan dan memenuhi permintaan .
Disenaraikan beberapa produk yg mendapat pasaran diChina ....
yang berpontasi.. diperlukan dan mendapat sambutan menggalakan ...
Pakdin nk introduce ...
Bolih tak?......Datuk. bila kita nak mulakan ?...
Moga apa yg diimpikan berjaya .

Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments