DELEMA USAHAWAN WALET

BANYAK  RM DI BELANJAKAN ?......

KENA BERUSAHA  KELUAR NEGARA

Delema Usahawan Penternak Burung Walet.
Hello Pakdin ?...boleh tumpang ber?..hanya pada pakdin sahaja tempat  saya ingin mengadu dan ber? Khabar;  sekarang setelah lama saya sering membaca dan melayari internat. Saya emailkan pada pakdin.
Pakdin. Saya Osman dari Pahang .telah banyak melabur wang ringgit (ribuan) dalam membina sebuah rumah burung (RBW) 2,tingkat pada tahun 2010 dan mengikuti kursus. Sehingga kehari ini saya hanya peroleh 120 ke 150 keping sarang dalam 50 ke 60hari. Per? Saya….
1.Bagaimana saya nak dapatkan harga yang baik untuk jualan sarang ?.
2. Apakah perancangan untuk memajukan perniagaan ini agar saya dapat pendapatan yang lebih baik?.
3.Apakah cara untuk saya usaha agar hasil sarang dapat saya kekalkan seperti hari ini dan bagaimana nak lebih ? .
4,Apa pendapat pakdin. Busssiness sarang ini di masa hadapan .sebad sekarang ini harganya banyak jatuh… sebad saya dah melabur banyak.
5.Bagaiman saya nak jual sarang keluar Negara ..caranya bagaimana?.
6.Kawan saya ada yang tak berjaya ..peroleh sarang .apakah cara terbaik pakdin?.

Alhamdulillah. Pakdin bersyukur kerana en.osman telah perolih kerjayaan dalam industri ini .setidaknya telah berusaha dan berolih kerjayaan .Pada pendangan pakdin en.osman perlulah cekalkan semangat , berkeyakinan dan teruskan berusaha. Insallah berkat usaha dan berdoa akan perolih banyak kerjayaan.Kita perlulah sentiasa bersyukurlah pada rezki yang diperolih sekarang. Kekalkan usaha dan banyakkan beri perhatian dalam pengurusan rumah burung.Jika en.osman ingin membuat penambah baikan dalam rumah perlulah berhati-hati dan teliti. Kerana sensetiviti habitat burung amat penting.Kuatir burung lari. Jawapan soalan:-
1.   Jika perlu en.osman & keluarga belajarlah bagaimana nak mencuci sarang .sebad harga sarang bersih harganya baik (harga sarang cuci sekitar rm3,000 ke rm 4,000 sekilo/dlm Negara). Kerja-kerja mencuci bolih diwarisi pada anak-anak/saudara mara.Baca info sedikit cara-cara mencuci dalam blog pakdin .dan kenali bentuk-bentuk sarang.
2.  Untuk memajukan perancangan dimasa hadapan pakdin sarankan en.osman belajar menghasilkan produk sampingan berasaskan sarang burung.atau belajarlah berniaga keluar Negara .banyak caranya (melancunglah). Ujudkan pewaris-pewaris terdekat bersama kita dalam industri ini kerana industri ini mempunyai jangkahayat yang berpanjangan .sebad selagi ada bangsa cina di China/Taiwan/HK berjumlah 1.5billion maka selagi itulah sarang burung ini laris dimakan.Tahukah anda Indonesia mengexport  70billion nilaian sarang setahun 2013.  85 billion tahun 2012.
3.     Dalam ? ke3 pakdin sarankan en.osman perlu banyak beriperhatian dalam pengurusan rumah secara menyeluruh dari dalam dan luaran rumah burung.elakkan rbw dikunjungi orang awam.Luaran rbw perlukah diperbanyakkan dengan tumbuhan yg menggalakan pemakanan pd burung .suasan dalaman dikekalkan.selalulah berinteraksi dgn burung serta berdoalah pd yg maha esa moga dimurahkan rezki.
4.    Jawapan dipara 2. Kini en.osman perlulah bina lebihkan keyakinan pd diri kerana berusaha itu adalah ibadah.jgn putus asa kerana org yg putus asa dimurkai dlm agama.
5.     Cara menjual sarang keluar Negara .pakdin nasihatkan en.osman mulakan dengan melancung kemana-mana Negara diChina /Hong Kong. Bersama keluarga atau kawan-kawan.yg lebih baik anak/keluarga bolih bebahasa Manderin.Insallah dibukan pintu rezki berkat doa dan berusaha.Bak kata perpatah jauh berjalan luas pendangan luas pengalaman.
6.  Cara terbaik pada yg masih gagal adalah perlu berusaha  dan terus berusaha. Pasti ada kelemahan dimana-mana tu..pada diri sendiri /rbw.pikirkanlah…ber? apa org yg bengalaman (lama dalam industri ini).Jika kekurangan modal ujudkan rangkaian usahasama .Jgn mudah putus asa. Cuba anda lihat diluar sana …d Hong Kong/China …Taiwan .mereka amat memerlukan sarang.Cuma kita yg buta ilmu..maaf/rujuk  blog.ini. Jangan nak pikirkan nak untung cepat…tak semudah spt bermain saham kerana industry ini perlukan kesabaran dan ketekunan dan pengorbanan yg besar.Pasti ada jalan untuk kerjayaan ..kerana setiap penyakit ada obatnya.Bukan mudah untuk mencapai kerjayaan yang penting setiap usaha kita perlu diikuti dengan berdoa dan pohon pada yg maha esa.
Andai kata jawapan pakdin kurang jelas.hubungi lah pakdin pd bila-bila masa .Ilmu itu perlu perkongsian.
 Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments