Berusaha Bersama Dalam Menjamin Pasaran Terbaik

Bapak Menteri 

Kementerian D China.
Saya Biasa Mengusahakan Berdoalah Moga Berjaya .

PUTRAJAYA 1 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin insiden yang menimpa pesawat MH370 tidak menjejaskan eksport produk buah-buahan tempatan dan sarang burung walet ke China.Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini kesemua produk yang dieksport ke negara itu masih diterima dengan baik dan tidak menghadapi sebarang kesan negatif lagi.Menurutnya, kerajaan yakin isu boikot terhadap produk daripada negara itu hanya bersifat sementara dan akan reda selepas itu."Kita belum terima laporan kesan hubungan dagangan dengan China biarpun hubungan rakyat China dengan kita agak tegang sedikit berikutan tindakan segelintir rakyat mereka yang menyalahkan Malaysia dalam insiden pesawat MH370."Malah kita juga akan ke China minggu depan untuk membincangkan mengenai isu yang masih belum diselesaikan dengan negara itu. Ini sekali gus menunjukkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan masih baik dan utuh," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di bangunannya di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, beliau dan rombongannya akan ke China pada 11 April 2014.ini bagi membincangkan mengenai tiga isu utama iaitu sarang burung walet mentah, durian dan ikan hiasan.
"Sarang burung walet mentah yang diluluskan ke China hanya melibatkan sarang burung mentah sudah diproses dan sekarang kita hendak minta kepada Pentadbiran Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) supaya sarang burung walet mentah yang belum diproses juga boleh dieksport.
"Sebelum ini AQSIQ hanya meluluskan sebanyak lapan buah rumah burung walet untuk memproses sarang burung itu tetapi kita mempunyai sebanyak 60,000 rumah burung walet yang menyebabkan proses memproses menjadi lambat dan tidak mampu menampung permintaan tinggi," katanya.
Tambahnya, isu mengenai durian pula akan dibawa supaya selepas ini durian yang dieksport tidak terhad kepada durian sejuk beku sahaja tetapi juga melibatkan durian segar.
Mengulas mengenai isu ikan hiasan, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan memohon supaya ikan arowana dapat terus dieksport ke negara itu tanpa menggunakan negara ketiga seperti sekarang yang menyebabkan kos menjadi semakin meningkat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau percaya isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik tanpa dipengaruhi sentimen insiden pesawat MH370 berdasarkan kematangan yang ditunjukkan pemimpin negara tersebut.
Ulasan Pakdin .
Kenapalah 8 buah rumah burung walet   sahaja diluluskan ?..apa pandangan anda pengusaha bumiputra.Harapan bapak menteri yg baru dpt perjuangkan bangsa sendiri.setahu pakdin kawan baru sahaja balik dari China (bangsa Cina) jual 2 kilo pun mengaku permintaan dichina amat tinggi harga pun sekitar rm6 ke 8ribu. Apa kata usahawan kita buat plan cadangan berkerjasama dgn bapak menteri cara terbaik mengatasi hal-hal sebegini.
Jangan tunggu dan lihat emailkan pandangan anda juga. Jangan dibiarkan masaalah ini berpanjangan. 
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments