KENAPA MASIH ADA LAGI SARANG TIRUAN ?..KERANA WANG / SANGGUP MENIPU

YG MANA SARANG ASLI? 

DR. Mohd. Noor Hisham menunjukkan sarang burung walet di pejabatnya di Putrajaya.
Satu ketika dulu harga sarang burung walet begitu tinggi di pasaran terutama yang bergred tinggi dan mencetuskan fenomena yang luar biasa.
Minat orang ramai terhadap burung tersebut agak luar biasa dan ramai ingin menjadi pengusaha sarang burung.
Malangnya di sebalik semua itu, timbul masalah lain apabila ada pihak yang cuba yang mengambil kesempatan mengaut untung ekoran harga yang agak lumayan dengan cara yang tidak betul.
Ketika itu pihak berkuasa khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesan perbuatan pihak tertentu menghasilkan sarang burung tiruan dengan kaedah- kaedah tertentu.
Perbuatan tersebut dikesan menerusi siri serbuan setelah mendapat aduan bahawa adanya usaha mengeluarkan sarang burung tiruan secara besar-besaran.
Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Aneka Haiwan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan JPV, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd. Haron berkata, antara pendekatan pengeluar sarang burung tiruan tersebut ialah menghasilkan sarang burung berwarna keperangan.
Menurut beliau , pengeluar terbabit menggunakan kaedah pewarnaan menggunakan najis burung sendiri yang diletak dalam kebuk khas dan dibiarkan wap membasahkan sarang burung lalu bertukar menjadi warna tersebut.
Cara tersebut adalah bertujuan mengabui mata pengguna terutama mereka yang taksub dengan usaha burung yang kononnya menghasilkan sarang bersungguh -sungguh sehingga mengeluarkan daripada darahnya yang menyebabkan warna sarang bertukar.
“Pengeluaran sarang burung tiruan ketika itu sebenarnya didorong permintaan yang tinggi terutama dari negara pengimport iaitu China.
“Mereka iaitu orang Cina percaya mitos bahawa sarang burung merah dihasilkan daripada usaha burung bersungguh-sungguh menghasilkannya,’’ katanya.
Malangnya kata beliau, meskipun sarang burung tersebut adalah asli tetapi teknik mewarnakannya menggunakan wap dan najis burung agak berbahaya kerana dalam bekas tertutup menghasilkan wap ammonia ,’’ katanya.
Malah kandungan ammonia pada sarang burung tersebut boleh mencecah 1,000 bahagian perjuta (ppm).
Satu lagi kaedah yang sebenarnya menghasilkan sarang burung tiruaialah menggunakan tepun dan bihun yang jelas kelihatan pada mata kasar.
Sarang burung jenis itu dibentuk daripada adunan tepung atau bihun menggunakan acuan tertentu menyerupai sarang burung asli. Satu lagi ramuan yang digunakan ialah kulit khinzir yang mempunyai kolagen serta rumpai laut serta dicantumkan menggunakan sejenis gam khas.
Bagaimanapun katanya, pengeluaran sarang burung tiruan tersebut tidak lagi dilaporkan berlaku mungkin disebabkan harganya tidak setinggi dulu.
Sebelum ini katanya, pengeluaran sarang burung walet tiruan bukanlah untuk dijual berasingan tetapi dicampur bersama yang asli bagi mengabui mata orang ramai.
Paling mendukacitakan, harga sarang burung tiruan tersebut dijual agak mahal, sama seperti produk sarang asli.
“Dalam satu serbuan bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan satu ketika dulu, kami mengesan harga semangkuk sup sarang burung mencecah RM15 .
“Kami dapati sarang burung tersebut tiruan kerana berdasarkan pemerhatian, produk tersebut tidak berbau seperti putih telur selain tidak kembang dalam mangkuk,’’ katanya.
Satu lagi penipuan yang dibuat ialah ketika mencuci sarang burung bagi meningkatkan grednya.
Bagi mengelakkan penggunaan tenaga buurh yang terlalu ramai, segelintir pengusaha menggunakan cecair petunjuk bagi tujuan pembersihan sarang daripada bulu-bulu yang melekat padanya.
Namun kata Dr. Mohd. Noor Hisham, penggunaan cecair peluntur mengakibatkan sarang burung mengandungi bahan kimia manakala bulu yang terlekat padanya tidak tertanggal.
“Apabila sarang burung direndam. Akan kelihatan bulu-bulu yang belum tertanggal terapung di permukaan air,’’ katanya.
: TAK KEMANA HASILNYA JIKA ORANG YANG MENIPU ITU AKHIRNYA.HASIL YANG MENIPU ITU AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments