TAHUKAH ANDA BERAPA NILA HASIL JUALAN SARANG BURUNG DI EKSPO INI ?...CHINA . 2013


Matrade Yakin Ekspo China-Asean Akan Beri Manfaat Kepada Pengeksport Malaysia

DCAaripada Wan Nor Azura (CHINA)


NANNING, 1 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yakin Ekspo China-Asean ke-10 (CAEXPO) akan menerima sambutan menggalakkan daripada pembeli China meskipun negara itu sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Pengarah Unit Francais Bahagian Perniagaan dan Bahan Binaan Matrade, Ong Yew Chee berkata penggunaan domestik China terus kukuh yang akan menguntungkan peserta pameran dari Malaysia.

"Seperti yang kita tahu, China adalah pasaran yang sangat besar, walaupun terdapat kelembaban, ekonominya membangun pada kadar 7.8 peratus tahun lepas.. Tahun ini jangkaan kadar pertumbuhan adalah baik. Kami faham bahawa kekuatan pengguna, keupayaan kuasa belian pengguna masih kukuh di China," katanya.

Sebelum ini, Matrade telah mengunjurkan jualan minimum lebih RM100 juta daripada CAEXPO 2013, dengan jangkaan ia akan mengatasi jumlah jualan tahun lepas iaitu RM141.12 juta.

Bercakap di Nanning, Guangxi China, beliau berkata sejumlah 138 syarikat Malaysia akan mengambil bahagian dalam pameran itu, yang akan diadakan selama tiga hari mulai 3 September.

Antara yang akan dipamerkan di Pavillion Malaysia di ekspo itu termasuk makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, gaya hidup, francais, teknologi hijau dan sektor perkhidmatan.


Pavillion Malaysia akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dr Wong Lai Sum pada Isnin sementara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan merasmikan majlis pembukaan EXPO 2013.
Khabarnya Jualan Hasil Sarang Burung Bernilai RM85 juta  iaitu 70% hasil jualan tertinggi di Expo tersabut . Wooo......nampaknya sarang burung Malaysia masih mendapat sambutan tertinggi di China.   Berita baik ...bersyukur pd yg maha Esa.

Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments