KITA PERLU BERGABUNG DAN BERUSAHA BERSAMA MENEROKA PASARAN GLOBAL. 2014


SATU USAHA YG MENJADI PEMANGKIN UNTUK KITA BERGABUNG BERSAMA 

Hamim Samuri (kanan) bersama Nik Ali Mat Yunus (tengah ) dan Abdul Ghafar Musa merasmikan Konvensyen Koperasi Usahawan Groom Big 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersedia untuk membantu Koperasi Usahawan Groom Big meningkatkan aktiviti perniagaan runcit mereka dengan cadangan membuka sebuah hypermarket.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, melalui pembukaan hypermarket, produk-produk keluaran usahawan dalam program itu akan lebih mudah dipasarkan dengan lebih baik.
"Secara tidak langsung cadangan ini dilihat bakal memberikan laluan dan keuntungan kepada ratusan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah bimbingan MITI yang telah mengikuti program Groom Big.
"Ia selaras dengan matlamat program itu iaitu untuk meningkatkan kedudukan usahawan dari peringkat mikro sehingga ke peringkat tinggi dan seterusnya melahirkan usahawan berdaya saing di pasaran domestik dan global," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Usahawan Groom Big 2013 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan MITI, Datuk Abdul Ghafar Musa dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus.
Konvensyen Koperasi Usahawan Groom Big merupakan program anjuran MITI dengan SKM untuk terus memastikan kelangsungan pembangunan usahawan PKS.
Konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu mendapat penyertaan kira-kira 200 usahawan dari seluruh negeri.Dalam pada itu, Hamim berkata, sehingga kini sebanyak sembilan Koperasi Groom Big telah ditubuhkan di Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan wilayah utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis).
"Penubuhan koperasi Groom Big ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada SIRIM Berhad dan SKM. Ia meliputi bimbingan dalam proses penyediaan pelan perniagaan serta kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan perniagaan.
"Hari ini kita turut menyaksikan satu bentuk kerjasama antara Koperasi Usahawan Groom Big dan Koperasi Jaringan Sepadu Malaysia (KOJARIS) dalam membolehkan perkongsian pengalaman dan kemahiran kepada koperasi terlibat.Kerjasama antara koperasi itu boleh dipraktikkan dalam kalangan koperasi sedia ada bagi meminimumkan kos pengeluaran produk secara skala besar dan memastikan bekalan mencukupi dalam menampung permintaan pasaran.


lAWATAN KE CHINA .BOOM BIG PAHANG.

KITA BERCADANG MENMASARKAN SARANG BURUNG KITA BERSAMA KOP.BOOOM BIZ   KERJASAMA DGN KOP, USAHAWAN BURUNG LAYANG-LAYANG KEDAH BHD . KEBEBERAPA PASARAYA DI CHINA ...GUANGZHOU./SHANGHAI/SHANZEN & HONG KONG - TAHUN 2014...DGN HARAPAN MITI DAPAT MENGELUARKAN PERMIT EXPORT PD KE2  KOPERASI....OOOOOO SATU LANGAH BAIK DENGAN ANAK ANGKAT MITI ..PAKDIN ADA DALAM KONVENSYEN BARU-BARU INI DAN TURUT MEMBACA DOA PELANCARAN ...SYABAS BOOOOO BIG..
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments