(MERS-CoV).- Dari Europe / Timur Tengtah Kini Lebih Hebat Dari H7N9

 (MERS-CoV).-  Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus kini lebih hebat daripada H7N9....Kenapa ?.....
KUALA LUMPUR 7 Jun - Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke negara Asia Barat dan Eropah agar mengambil langkah penjagaan kesihatan, susulan penularan wabak Novel coronavirus atau Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian itu akan memantau situasi terkini jangkitan yang boleh menyebabkan jangkitan respiratori secara akut dan serius iaitu demam dan kesukaran bernafas.
"Ketika ini negara Asia Barat yang melaporkan kes MERS-CoV ialah Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia. Sementara negara-negara Eropah ialah Jerman, Perancis dan United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Susulan itu, Dr. Noor Hisham menggesa rakyat Malaysia yang baru kembali dari negara-negara berkenaan dan mempunyai simptom seperti demam, selesema dan sakit tekak berterusan, mendapatkan rawatan.
Bagi yang mahu berkunjung ke sana pula, mereka dinasihatkan mengamal tahap kebersihan diri yang tinggi, membawa penutup mulut atau hidung, bahan pencuci tangan serta tidak menjamah makanan mentah atau buah dan sayuran yang tidak dibasuh.
Jangkitan MERS-CoV ini dilapor oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada September tahun lalu dan setakat 5 Jun lepas, sejumlah 54 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal dilaporkan di seluruh dunia, meliputi 30 kematian, katanya.
Setakat ini, tiada jangkitan itu dikesan di negara ini, katanya menambah, kementerian telah mempertingkatkan saringan demam di pintu masuk antarabangsa, memantau jangkitan respiratori di seluruh negara, selain meningkatkan keupayaan hospital untuk menerima dan merawat kes yang disyaki.MERS-CoV merupakan anggota keluarga kumpulan coronavirus yang menjangkiti manusia dan haiwan.
"SARS merupakan antara strain coronavirus berkenaan," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham punca dan cara jangkitan masih belum dikenal pasti dan WHO juga menyatakan tiada vaksin untuk MERS-CoV setakat ini. -Apakah asal jangkitan penyakit ini bermula ?....lebih hebat dari H7N9. kenapa?...apapun semua penyakit ada penawarnya .Kita sebagai orang islam percaya semua kejadian ciptaan allah itu ada hikmahnya.....
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments