SELSEMA BURUNG - KESAN PADA USAHAWAN WALET TEMPATAN


Tahap Jingga...
Apapun pasti akan ada kesannya pada kita sebagai usahawan rumah burung walet  ..sekurangnya 30% export sarang burung mungkin terjeas ke China yang merupakan pengexport 80% sarang burung dunia. Kenapa ?..minda /pengguna yang masih kurang paham apa itu selsema burung ?....pasti yg kata mungkin sarang pun terlibat .NOooo... tak caya ?..orang tempatan.. Malaysia. sebad ada yang ber? pakdin semalam .
Info selsema burung ?....maknanya ayam..diketegorikan sebagai spisis burung juga.


Virus baru selesema burung dikesan di dua lagi pasar
Shanghai: Virus baru selesema burung yang mengorbankan enam orang ditemui di lebih banyak kawasan di pusat kewangan China selepas pihak berkuasa melupuskan lebih 20,000 ayam di sebuah pasar besar jualan ternakan di sini.
Sampel mengandungi virus H7N9 ditemui di dua pasar menjual produk pertanian di daerah Minhang di Shanghai, kota yang mempunyai 23 juta penduduk, lapor agensi berita Xinhua. 
Pasar itu terletak dekat pasar menjual ternakan hidup Huhuai, tempat merpati dijangkiti virus itu dikesan awal minggu ini sebelum ia dilupuskan. 
Shanghai: China meningkatkan usaha mencegah wabak selesema burung yang membawa maut di Shanghai semalam dengan membasmi kuman di sekolah dan menutup perniagaan burung ketika media tempatan mengkritik penternakan yang membantu menyebarkan penyakit itu. 

China mengesahkan 19 kes virus H7N9, setakat ini menutup kawasan pantai timur sejak pengumuman seminggu lalu bahawa virus terbabit ditemui dalam manusia buat pertama kali. Setakat ini enam kematian dicatatkan. 

Pihak berkuasa di Shanghai menggesa perlindungan kesihatan dan keselamatan pelajar manakala televisyen tempatan menunjukkan pekerja membasmi kuman di bilik darjah sebagai persediaan untuk pelajarnya kembali bersekolah selepas sehari bercuti. 
Shanghai yang melaporkan dua kes terbaru kelmarin menjadikan keseluruhan kes di bandaraya itu adalah lapan dengan empat kematian, melarang jualan burung hidup dan menutup pasar dalam usaha menghalang penyebaran penyakit. 
Kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan di halaman webnya semalam berkata ia menyekat hampir dua juta pembelaan merpati dan melarang semua jenis pertandingan. Membela merpati dan pertandingan suara burung adalah hobi popular di China. - AFP

PUTRAJAYA: Malaysia bebas daripada jangkitan selesema burung (H7N9) berikutan tiada tanda-tanda jangkitan wabak itu pada ternakan unggas di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. 
Sehubungan itu, katanya negara masih berstatus bebas 'highly pathogenic avian influenza (HPAI)' sejak 2 Sept 2007. 

Saya nak beri jaminan bahawa setakat kajian yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jangkitan H7N9 tidak ada di Malaysia. Kita masih bebas daripada semua jenis jangkitan influenza ini," katanya. 
Noh bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan pihak berkuasa China yang melakukan lawatan dan pemeriksaan terhadap premis pemprosesan sarang burung walit tempatan, di kementeriannya di sini, hari ini. (kenyataan berbau politik - musim PRU13.adakah benar ?...sama-sama kita siasat dan pikirkan.jangan cepat ambil sebarang kenyataan tanpa usul periksan )

Katanya, susulan laporan kes kematian akibat jangkitan H7N9 di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang di China, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa China untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai wabak penyakit itu. 

Noh berkata, Malaysia mengimport keratan daging ayam sejumlah 4,806 tan metrik dari utara China dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana negara tidak mengimport keratan daging ayam dari kawasan lain di negara itu. 
"Kita import dari kawasan utara China dan ayam kita import ini adalah ayam beku, tak boleh bawa penyakit ini," katanya. 
Jelasnya, tiada virus HPAI termasuk H7N9 dikesan berdasarkan 1,043 sampel yang telah diuji dan kesemuanya didapati negatif sejak Januari 2013 hingga kini. 
Beliau juga berkata, ayam dan produk ayam yang dibawa masuk ke Malaysia melalui prosedur pemeriksaan di loji atau rumah sembelih yang diiktiraf kerajaan dengan penyelarasan jabatan berkenaan bagi semua permohonan mengimport produk. 

Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments