Dakwa ditipu skim pelaburan ala skim cepat kaya



Dakwa ditipu skim pelaburan ala skim cepat kaya
AHMAD NORMAN ABU TALIB
23 Januari 2013
Yahya (dua, kiri) bersama dengan pelabur-pelabur yang menYahya (dua, kiri) bersama dengan pelabur-pelabur yang mendadakwa ditipu Skim Pelaburan ala Skim Cepat Kaya Pak Man Telo.

SHAH ALAM – Biro Kepenggunaan PKR mendakwa kira-kira 50,000 pelabur di seluruh negara kerugian lebih RM100 juta selepas menyertai skim pelaburan ala Skim Cepat Kaya Pak Man Telo yang dikatakan melibatkan agensi-agensi kerajaan.

Pengerusinya, Yahya Sahri berkata, pelabur-pelabur yang menyertai  pelaburan perniagaan menggunakan nama Skim Projek Pembangunan Usahawan (SPPU) itu didakwa jelas ditipu secara licik oleh penganjur program berkenaan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, setiap peserta didakwa perlu membuat pelaburan dengan jumlah antara RM20,000 hingga RM100,000 bagi pelbagai jenis perniagaan antaranya tanaman nanas, mas cotek, serai, cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam.

“Ada banyak perniagaan menawarkan SPPU tetapi hari ini saya berikan dua contoh iaitu projek tanaman nanas dan ternakan lintah.

“Dalam projek tanaman nanas, sebuah syarikat menyediakan kertas kerja yang nampak begitu menarik lebih-lebih lagi ia disokong oleh agensi kerajaan serta bank,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam.

Dakwanya, setelah dua tahun melabur, sehingga hari ini peserta tidak menerima sebarang hasil.

Katanya, apa yang menjadi masalah utama sekarang ialah kegagalan syarikat berkenaan untuk membayar ansuran bulanan kepada bank hingga menyebabkan kesemua peserta dikenakan tindakan saman oleh pihak bank.

Yahya berkata, setelah mengkaji perkara itu, pihaknya merujuk kes berkenaan dengan beberapa pihak terutamanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Institut Integriti Malaysia (IIM).

Menurutnya, biro itu menuntut bagi pihak pelabur supaya PDRM, SSM, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap agensi kerajaan terlibat.

“Kami menuntut agar semua agensi yang memberikan pinjaman melupuskan hutang-hutang peserta serta membersihkan nama mereka daripada senarai hitam dengan BNM,” katanya.

Dah jadi macam ini ... siapa bolih tolong anda?...pikirkan lah. Lain-lah jika anda berpengaruh. Hutang bolih dilupuskan. Harapan pakdin beringatlah. Kata org tua -tua bukan senang nak senang. Nak susah cepat...melabur aje..?. Kami Koperasi merentas sesuntuk alam utk memantapkan pernigaan. dan jaminan masa depan.

Hubungi Kami: 012-4370347  Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments