Apa Yang Kita Perlu Tahu Keunikan Ke 2 Buah Gua Di Sabah Sebagai Anugerah Tuhan.


Gua Gamentong




Gua Madai

Malaysia dijangka keluarkan 870 tan metrik sarang burung walit menjelang 2020- apakah faktar ini benar ?... sama-sama kita berusaha. sabagai usahawan a kampong boy.
KOTA KINABALU: Malaysia dijangka mempunyai 63,000 premis untuk sarang burung walit menjelang 2020 yang akan mengeluarkan 870 tan metrik sarang burung bernilai RM3.5 bilion.
 Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin, berkata ini berdasarkan potensi perladangan burung walit yang amat besar dan bernilai tinggi di negara ini.Beliau berkata, pada tahun 2010 saja, pengeluaran sarang burung walit kira-kira 290 tan metrik dengan nilai pasaran RM1.2 bilion.

"Kerajaan mengenal pasti perladangan burung walit ini sebagai industri yang amat berpotensi, dan justeru diberi keutamaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP)," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian seminar persijilan Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) Burung Walit di sini, hari ini.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, di Sabah, pengeluaran sarang burung boleh dimakan (EBN) sudah lama dipraktikkan, terutama sarang berkualiti tinggi yang dihasilkan dalam gua secara tradisional termasuk Gua Guomantong dan Gua Madai.
Beliau berkata, sumbangan nilai eksport sarang burung dari Sabah adalah kira-kira RM13 juta hingga RM17 juta setahun, dengan pasaran utama tertumpu kepada Hong Kong dan China.
Yahya berkata, selain gua, pemeliharaan burung walit kini semakin meningkat, dan menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah, pada 2009 sahaja terdapat 500 premis untuk sarang burung walit di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya dua tahun kebelakangan ini, pasaran sarang burung walit menurun ekoran dakwaan produk itu mempunyai kandungan 'nitrit' yang boleh membahayakan kesihatan.
"Berikut penguatkuasaan kandungan nitrit sifar oleh negara China, maka harga sarang burung mengalami kejatuhan mendadak sehingga 50 peratus.
"Bagaimanapun, kerajaan Malaysia berusaha untuk merundingkannya dengan kerajaan China bagi memastikan kualiti sarang burung dari negara ini akan memenuhi piawaan yang ditetapkan," katanya.
Dalam hal ini, beliau berkata Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menandatangani Protocol Pemeriksaan, Kuarantin dan Keperluan Kebersihan untuk pengimportan produk sarang burung dari Malaysia ke China pada Oktober tahun lalu bagi membolehkan EBN dieksport semula ke negara itu dengan beberapa syarat yang harus dipenuhi.
Sehubungan itu, Yahya berkata beberapa dokumentasi termasuk daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT), Kementerian Kesihatan dan agensi lain diperkenalkan bagi memastikan produk memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best.
Beliau berkata tahun lalu saja, sebanyak 43 premis burung walit di negeri ini memperoleh sijil SALT, dan pada tahun ini, pihak JPHPT mensasar persijilan 300 premis.
Yahya berharap supaya lebih banyak tempat pemprosesan sarang burung walit dapat diwujudkan, sekali gus menjadikan Sabah sebagai pengeluar utama sarang burung walit berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian setiap negara pengimport.

- BERNAMA 

Ulasan Apa kita perlu lakukan ?..merebut peluang ini ..dimana kita sekarang ?..Industri jangka masa panjang .pikirkanlah.selagi ada bangsa cina didunia ini .. dan selagi ianya dimakan selagi itu industri ini ujud. sekarang dianggarkan 80tahun.
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments