MAHA 2012- Tampil Usahawan Burung layang-layang Muda. Siapa?.

TAMUBUAL PAKDIN BERSAMA EN.WAN YANG SENTIASA BERUSAHA KEARAH KERJAYAAN.



MINUMAN RINGKAS /MENARIK SATU INOVASI ..MURAH DAN MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA.

Pada 27/11/2012 Pakdin ke Expo MAHA InternaTional di Serdang, Selangor ..Mmm..jam 10.00pagi antara pengunjung yang terawal. Hanya untuk mengetahui bagaimana perkembangan dan pemasaran Industri Walet kita di sana.  Hampir 4jam disana pintu 2 khas untuk Industri burung walet. Sambutan usahawan bumiputera kita alhamdulillah menggalakkan. Terdapat 8 gerai 10'x 10' boot (sesebuah) dibawah Jbt Veterina (Percuma). Ucapan ribuan terima kasih. Semangat Usahawan Ok...contohnya En.Wan ini yg dahulu ahli farmasi (7tahun) berasal dari Rantau Panjang (Kelantan). Kini baru menubuhkan produk keluaran keluarga "Produk Air Sarang Burung".Syabas..terukan berusaha.

Apa yg Pakdin nampak disini penganjur (MARDI) perlu menambah baikkan cara susun atur lokasi gerai di sini agar nampak dan terdedah pada pengunjung. Amat terkilan bila ramai pengunjung melalui jalan utama ..hanya kira-kira 30% sahaja yg singgah kerana gerai-gerai ini sedikit terkedala m pada hal Gerai-gerai jualan burger dan air campur nampak membarisi jalan utama dikiri dan kanan. Emm..terlindung....apa kata tahun hadapan kita ujudkan Gerai bergerak atas Lori ..mudah dilokasi jalan dan boleh berada dimana-mana sahaja jalan utama dan tampak lebih menonjol. Seperti gerai Lori Pizza/Lori Burger. 

Tidak hairanlah jika nanti dikatakan jualan mungkin tk memberangsangkan. Modal operasi dan kos pekerja pun nanti tak balik modal...Baginilah produk keluaran rakan kita yg bercita-cita untuk terus berjaya.syabas..sama-sama kita buat Inovasi dalam produk bukan hanya pada keluaran air.....sebad 80% gerai disini buat keluaran air. Banyak lagi produk seperti gincu /minyak rambut /lotion badan/Ice-cream kandungan sarang burung dan lain-lain.

Di Pintu 1.Banguna B2 & B3 kita akan ketemu Usahawan bukan bumiputera 2 boot yg banyak fokus pada keluaran produk sokongan pembinaan dan penyelenggaraan serta peralatan rumah burung .Kenapa ?...apa bazanya dan kelebihan mereka?....nanti kita bincangkan minggu depan..eee

Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments