Tempoh Tiga Tahun Mendaftar...Biar Betoi..

PUTRAJAYA: Lebih 40,000 pengusaha burung walet di negara ini yang mengaut keuntungan lumayan diberikan tempoh tiga tahun bagi mendaftar dan melesenkan premis dengan kadar RM50 bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.

Oh Pak Menteri....cuba selidik dulu..samada kesemua 40,000 pengusaha burung walet telah mengaut keuntungan???  Apakah sudah terbukti kesemua pengusaha tersebut sudah mempunyai hasil yang selumayan yang disangka??? Tidakkah anda tahu??? ada pengusaha yang sudah bertahun-tahun masih belum mendapat sebarang hasil walaupun sudah berpuluh ribu malahan ratusan ribu dibelanjakan... hutang sudah kena bayar, tetapi hasilnya???

Apa yang dikesalkan, pihak-pihak berwajib hampir keseluruhannya mempunyai fikiran yang cetek..tanpa kajian, usul periksa, mengganggap begitu senang bagi seseorang pengusaha mengutip hasil setelah rumah siap dibina??? apakah kamu ingat, siap sahaja rumah kita memetik jari...semua burung masuk kedalam rumah dan esoknya mereka bersarang???

Fikirkanlah...rumah burung ynag dibina oleh pihak veterinar (yang Pak Din bina tetapi bayaran masih terhutang!!!) sehingga kini masih belum ditiduri burung dan jauh sekali mempunyai sarang....!!!!

Tahukah kamu.. bayaran RM 50 yang dikenakan bukan terhenti setakat itu??? apabila ingin mendapat permit dari PBT bayaran sehingga RM30K bakal dikenakan... untuk apa??? tanyalah mereka.. Ada kenalan Pak Din yang sudah terkena....
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata buat masa ini, ada lebih 50,000 pengusaha burung walet di negara ini, tetapi hanya kira-kira 10 peratus saja yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan berkaitan.

Boleh Pak Menteri fikirkan kenapa hanya 10% sahaja pengusaha yang mendaftar??  Cuba fikirkan.. apa gunanya mendaftar?? ada faedahnya?? adakah pihak jabatan dibawah Pak Menteri membantu pengusaha-pengusaha supaya berjaya?? setahu Pak Din HABUK PUN TARAK....MENYUSAHKAN ADALAH... kenapa Pak Din kata begitu??? kalau rumah sendiri (Di Kluang) pun tak tahu nak usahakan untuk dijayakan...manakan pulak boleh membantu pengusaha-pengusaha.

Dulu semasa PERHILITAN menjaga industri ini adalah juga bantuan khidmat nasihat yang diberi...tetapi sekarang?? fikir-fikirkanlah sendiri...

Beliau berkata, pengusaha perlu mendaftarkan industri mereka bagi memudahkan mereka mendapatkan lesen daripada PBT seterusnya membolehkan mereka mengeksport produk mereka ke luar negara.

HAHAHAHA BETUL KER??? Takkan semua orang yang punya rumah burung nak mengeksport hasil mereka keluar negeri? ke China??

“Mereka perlu mendaftar dan mendapatkan lesen bagi memudahkan produk dieksport selain memastikan produk burung walet yang dieksport memiliki kualiti yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas melancar dan menyerahkan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walet, semalam.

Macam mana ehhh??? kita cuma ada rumah..kalau pun ada sarangnya...takkan kita juga yang nak pergi eksport?? Bukankah sarang itu kelak akan dijual kepada pihak lain yang akan mengeksportnya?? jadi kualiti sarang bolehkah ditetapkan dengan adanya lesen?? bukankah keadaan dalam rumah yang menentukannya?

Beliau berkata, garis panduan yang pertama kali dikeluarkan itu memperuntukkan kaedah pendaftaran premis burung walet di seluruh negara dan borang pendaftaran premis penternakan dan pemprosesan sarang burung walet boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPV. “Semua pengusaha diwajib berdaftar dengan JPV dan pendaftaran premis bermula dengan pengisian borang pendaftaran, lawatan ke tapak oleh pegawai JPV, pemberian nombor Radio Frequency Idenfication (RFID) dan kad pengenalan pemilik premis walet.

Bullshits semua nih...argggghhhhh semuanya ni hanya untuk mengutip duit dari rakyat sahaja... inilah yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN... ATAU RAKYAT DULUKAN...Duit perlu dikeluarkan untuk bagi kerajaan tetapi apa yang rakyat dapat??? pihak Indonesia dan Thailand... tak perlu pun semua ini...kenapa MALAYSIA?? terlebih pandai??? atau ada agenda tertentu???

“Semua prosedur itu perlu dipatuhi dan hanya mengambil kos hanya RM50 bagi setiap pendaftaran,” katanya. Menurutnya, dalam usaha menggalakkan pembabitan pelbagai golongan masyarakat dalam industri burung walet, kementerian sudah merangka pelan induk pembangunan sarang burung walet sehingga 2020 dengan menggariskan tindakan yang perlu dilaksanakan pelbagai agensi dan swasta bagi menjayakan pembangunan industri sarang burung walet di negara ini.


Beliau berkata, buat masa ini, industri pengeluaran sarang burung walet di negara ini sudah mencapai kapasiti 250 tan dengan nilai kira-kira RM1 bilion setahun dan dijangka meningkat sehingga 500 tan dengan nilai RM4.5 bilion menjelang 2020.

Ni....anggaran paling senang di dapati eh...??? ada 50,000 rumah, main dharab ajer agaknya..atau ada statistik yang digunapakai??

“Garis pembangunan ini diguna pakai di seluruh negara bagi menyelaras dan mengharmonikan pelbagai peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan serta kegiatan import dan eksport sarang burung walet supaya lebih tersusun dan berdaya maju,” katanya...MAJU UNTUK SIAPA????? KERAJAAN ATAU RAKYAT?? Pernah turun kepadang bertanya masalah pihak rakyat yang menceburinya??

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments