Kerajaan China bersetuju melonggarkan syarat


ARKIB : 15/09/2012

China benarkan pengusaha burung walit tempatan guna teknologi lain

PUTRAJAYA 14 Sept. - Kerajaan China bersetuju melonggarkan syarat kepada pengusaha sarang burung walit di negara ini untuk menggunakan teknologi lain daripada syarat yang ditetapkan sebelum ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, terdahulu China mensyaratkan supaya hanya sijil pengenalan frekuensi radio (RFID) digunakan sebelum sarang burung itu boleh dieksport.
Berikutan itu, katanya, perkataan RFID (untuk mengenal pasti asal-usul sarang burung yang dieksport ke China) akan digugurkan dari artikel 8 dan 9 dalam protokol eksport sarang burung walit Malaysia ke China.
“Bagaimanapun, kerajaan China menetapkan supaya aplikasi sistem daya jejak (traceability) perlu dilaksanakan bermula dari premis perladangan walit sehingga ke aktiviti pengeksportan.
“Traceability (alat pengesan) ini China tetap mahu kerana jika ada masalah di negara itu akan memudahkan mereka nak tahu sarang burung itu datang dari rumah sarang burung yang mana," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengeksportan Sarang Burung Walit ke China di sini hari ini.
Menurut Noh, persetujuan itu dinyatakan oleh Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ), Zhi Shupi dalam sepucuk surat yang dihantar kepadanya semalam.
Katanya, ia merupakan susulan daripada surat yang dihantar oleh pihaknya bertarikh 7 September lalu untuk memohon penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk RFID.


Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments

Unknown said…
Fikirkanlah sehingga botak kepala..pihak pengusaha sarang burung tak peduli..asal segala urusan dipermudahkan dan kos juga rendah..Pihak pengusaha rumah juga tak peduli asal jangan belum apa-apa kos yang tinggi sudah mahu dicharge walau rumah belum berisi...