Kenapa Pelik Datuk ?.. Salah Siapa?.. IniKan Negara Demokrasi Berniaga Pun PERLU Kebebasan (Kami Anti Monopoli/Kapitalis).

Noh pelik gelagat pengusaha sarang burung walet enggan daftar

PUTRAJAYA 18 Julai - Hampir 46,000 daripada 50,000 pengusaha sarang burung walet didapati enggan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), sekali gus menyebabkan mereka tidak layak mendapat sijil untuk mengeksport produk mereka ke China. (Kita dah lama Jv dgn Pihak China- Pak Din)...UNTUK APA MENDAFTAR JIKA TIDAK MEMBAWA APA-APA FAEDAH???  Apa yang kami dapat dengan mendaftar?? Pihak JPV tidak langsung membantu dalam industri ini...CUMA NAK KUTIP HASIL??? Tunggulah bila dah hasil ada berkilo-kilo kelak MUNGKIN KAMI AKAN DAFTAR???  SEKARANG hasil jika ada lebih baik digunakan untuk dimakan ahli keluarga...BAGI ANAK BINI DAN MAK BAPA SIHAT WALAFIAT... Kalau dah tak habis makan kami daftarlah untuk dieksport...
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, maklumat yang diperoleh mendapati keadaan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk pengusaha cuba mengelak pembayaran cukai pendapatan serta kemungkinan terlibat dengan kegiatan penyeludupan dari negara jiran.
 
OOOIIII DATUK NOH...TAKKAH TERFIKIR RUMAH BURUNG KAMI BELUM LAGI PUNYA HASIL UNTUK DIKUTIP??? HANG DOK INGAT ORANG BUAT RUMAH NIH SENANG-SENANG DAPAT HASIL KA?? RUMAH jpv SENDIRI  (YANG MENGAKU EXPERT) PUN BELUM MASUK BURUNG.. NI KAN KAMI PUNYA YANG TIDAK TERLATIH..
 
''Saya sendiri bertanya-tanya kenapa pengusaha berkenaan tidak mahu mendaftar. Daripada 50,000 pengusaha sarang burung yang ada, hanya 4,120 telah berdaftar dengan JPV.
 
''Kalau pengusaha ini tidak mahu berdaftar, mereka tidak akan dapat eksport hasil sarang burung mereka," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini larangan eksport sarang burung ke China di sini hari ini.
 
TOK NOH DAH MENGUGUT NAMPAKNYA..  Kalau tak boleh eksport kami makan sendirilah..atau eksport saja ke negara lain.. Jepun, Korea, Australia, Amerika, atau lain-lainlah... TAK BOLEH KER?
 
KALAU TAK KITA TUKAR MENTERINYA SEKALI...HAHAHAAA
 
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.
 
Sebelum ini sekumpulan pengusaha sarang burung dilaporkan mahu berhimpun bagi membantah keputusan kerajaan untuk melaksanakan sijil Pengenal Pasti Berfrekuensi Radio (RFID) bagi mengenal pasti asal usul sarang burung yang akan dieksport.
 
Kumpulan pengusaha sarang itu mendakwa kerajaan sengaja menyusahkan mereka dengan memperkenalkan sijil RFID walaupun pihak China tidak pernah meminta syarat tersebut dalam protokol yang bakal ditandatangani.
 
Noh bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan bahawa syarat RFID telah dimasukkan ke dalam protokol yang bakal dimeterai antara Malaysia dengan China.
Beliau berkata, terdapat pihak yang cuba memanipulasi dan mempolitikkan isu sarang burung ketika Kuala Lumpur dan Beijing bakal menandatangani protokol tersebut yang akan membolehkan eksport sarang burung ke China disambung semula.
 
''Nampaknya ada orang yang cuba menjadi wira pada ketika kita berjaya memuktamadkan protokol ini dan Kabinet telah meluluskan pemeteraiannya pada minggu lalu.
''Malaysia pada masa ini hanya menunggu maklum balas Kementerian Pentadbiran Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China mengenai bila dan di mana protokol ini akan ditandatangani," katanya.
 
Noh berkata, sementara menunggu protokol itu ditandatangani secara rasmi, pihaknya sedia mengeluarkan sijil kepada pengusaha sarang burung yang mahu mengeksport produk mereka ke China.
 
''Mereka bagaimanapun perlu mematuhi syarat dalam protokol yang bakal ditandatangani iaitu mendapat sijil perakuan daripada JPV dan Kementerian Kesihatan serta sijil yang membuktikan tempat asal sarang burung," katanya.
 
OO000.....perlu dibuat kajian kenapa ramai usahawan tak mahu mendaftar ?...Jika rumah dalam hutan dan tak di masuki burung lagi nak daftar jugak ker????
 
ASYIK ASYIK PROTOKOL... ADA INDONESIA YANG DAH BERATUS TAHUN KISAH PASAL PROTOKOL?? KERAJAAN DEPA TAK AMBIL TAHU PUN APA PENGUSAHA MEREKA NAK BUAT?? BEGITU JUGA THAILAND KAN??
 
KPI MENTERI DAH KAPUT....HASIL NEGARA DAH JATUH..HASIL NEGERI PUN LINGKUP... DULU JUTAAN YANG DAPAT DIKUTIP...KINI??? JOM KITA RAMAI-RAMAI PROSES SENDIRI DAN MINUM SENDIRI AIR SARANG BURUNG.. ANAK ISTERI SIHAT DAN AWET MUDA...
 
Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments