Em.em.. Tahun Depan Lepas PRU 13 D Harap Kita Dapat Menteri Yang Sama-sama Menghayati Dan Membantu Kaum Bumiputera.

Majoriti sokong meterai protokol eksport sarang walet

PUTRAJAYA 30 Ogos - Selepas mengadakan perbincangan hampir lima jam, majoriti daripada 21 persatuan pengusaha sarang burung walet akhirnya bersetuju menyokong kerajaan menandatangani protokol eksport ke China pada 20 September ini. Secara terpaksa persetujuan diberi...tetapi rata-rata yang pulang menyatakan kecewa dengan Pak Menteri yang  MEMAKSA... Mungkinkah hanya IYA DI MULUT... tetap dihati..."akan ku cari cara lain yang tidak merugikan...." ATAU TAHUN DEPAN  ' ENGKAU MUNGKIN TIADA LAGI DI KERUSI EMPUK ITU???

Perjumpaan di Wisma Tani di sini hari ini bagaimanapun terpaksa ditangguh selama 45 minit apabila pengusaha gagal mencapai kata sepakat mengenai beberapa isu termasuk berkenaan sijil pengenalan frekuensi radio (RFID).
Walaupun majoriti daripada kira-kira 100 wakil pengusaha sarang burung walet menyokong protokol tersebut, segelintir daripada mereka membantah kerana dokumen itu hanya membenarkan eksport sarang burung mentah bersih tetapi tidak merangkumi sarang burung mentah belum bersih.
Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, protokol eksport dengan China perlu ditandatangani terlebih dahulu sebelum kedua-dua negara berbincang mengenai eksport sarang burung mentah belum bersih......KENAPA YA INDONESIA DAN THAILAND TAK MEMERLUKAN SEBARANG PROTOKOL DI TANDATANGANI ANTARA KERAJAANNYA??? Perjanjian hanya dibuat antara pengeksport dan pengimport??? MALAYSIA terlalu cerdik? atau ada agenda lain disebaliknya??? 
Kita tunggu dan lihat...apa kesudahannya???

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments