Sedih Dan Pilu Menjelang Hari Kemerdekaan ke 55.Hari Ini 30/08/2012

Sedih Dan Pilu  Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ini . Hari Ini 30/08/2012 – Bapak Menteri Pertanian Kita  bermesyuarat  Dengan  8 Persatuan  Sarang Burung Walet Di Puterajaya .Jam 10.00 pagi ini …..Apa Kata Kesudahannya ?..?..?...D Mana Kita ?..Emmm…Berita Kami Terima Belum Jelas…?....Bagaimana Anak Bangsa Bumiputera/Usahawan Terpinggir?...  Apakah Kita Perlu Ada Pembelaan Dari Sesiapa Selain Dari Mereka ...?.... Kesihan . Pikir-pikirkan lah nasib kita anak bumi yang  sedang menaikkan nama mencari rezeki berbelanja ribuan ringgit .Ikutilah Ulasan Kata2 hikmat Bapak Menteri kita pada 25/08/2012.. dibawah..


ARKIB : 26/08/2012

Kekalkan lapan persatuan pengusaha sarang burung walet.

TANJONG KARANG 25 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta para pengusaha sarang burung walet di negara ini agar tidak menubuhkan terlalu banyak persatuan untuk mewakili mereka bagi memudahkan kerajaan memberi tumpuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan itu.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, setakat ini terdapat lapan persatuan pengusaha industri tersebut yang mana mereka telah mengemukakan masalah kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCIM) termasuk menyerahkan memorandum kepada pihak kementerian sebelum ini.
Jelas Noh, pihaknya berharap para pengusaha sarang burung walet supaya mengekalkan lapan persatuan tersebut dan tidak menubuhkan mana-mana yang baru supaya sebarang pandangan atau permasalahan mereka dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi mengembangkan lagi industri tersebut di negara ini.
"Sebelum ini kerajaan pernah mengadakan perbincangan dengan para pengusaha sarang burung walet, namun hanya ada dua hingga tiga wakil sahaja yang datang. Terlalu banyak persatuan yang mewakili pengusaha industri ini.
"Justeru, kita harap tidak ada lagi persatuan baru yang mewakili pengusaha sarang burung walet ditubuhkan. Oleh itu, kita mahu lapan persatuan yang mengadakan perbincangan dengan ACCIM sebelum ini kekal dan mewakili seluruh pengusaha industri berkenaan.
"Pada masa yang sama, kementerian akan mengadakan pertemuan dengan lapan persatuan tersebut pada 30 Ogos ini bagi mendengar pendapat serta permasalahan mereka, saya sendiri akan mempengerusikannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Tanjong Karang yang dihadiri lebih 15,000 orang, terdiri daripada pelbagai kaum di sini hari ini.
Mengenai pertemuan tersebut, Noh berkata, ia akan diadakan di kementerian pukul 10 pagi dan pihaknya akan meneliti setiap tuntutan lapan persatuan berkenaan membabitkan penggunaan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), pengeksportan sarang burung walet belum proses serta kandungan protokol perdagangan melibatkan produk tersebut.
"Selain itu, para pengusaha tahu bahawa masalah sarang burung walet ini timbul di negara China kerana produk tersebut tidak lagi dapat dieksport ke negara berkenaan. Akhirnya, industri sarang burung walet ini jatuh, dahulu sekilogram nilainya RM6,000, sekarang RM2,000.
"Maka sebab itu kita mahu selesaikan perkara ini kerana industri sarang burung walet merupakan industri berimpak tinggi negara. Kalau tidak selesaikan, kemungkinan industri ini untuk dipulihkan adalah sukar, apatah lagi dengan persaingan daripada negara jiran seperti Indonesia," ujarnya yang turut menjemput ACCIM sebagai pemerhati pada pertemuan itu nanti.
 
 
Apakata kita tubuhkan Gabungan Koperasi Bumiputera yang telah berdaftar atas industri ini  ?...macam mana ?..Orang Terengganu ?..Kelantan ?..Pahang ?. (Difahamkan telah Wujud Koperasi Berasaskan Sarang Burung- Info.SKM) Kedah, Perlis , Perak, Selangor, Melaka, Johor & N 9. Banyak ahli telah didaftarkan dengan Pakdin. dan ajk dari negeri.-negeri ini. So... Kita Kemukakan Memorendum Pada PM / TPM dan Menteri-Menteri Besar Negeri masing-masing. Siapa Akan Membela Dan Membantu Kita ?... Berkat doa dan usaha kita Insha Allah kita berjaya.

Comments