Pulak Dah!!

China tetap tiga syarat

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Mana-mana syarikat dan pengusaha sarang burung walet di negara ini perlu mematuhi tiga syarat ditetapkan bagi membolehkan mereka mengeksport produk berkenaan ke China, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Menurutnya, syarat pertama yang perlu dipatuhi adalah mendapatkan sijil kesihatan veterinar dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan sijil tempat asal kerana kerajaan China ingin mengetahui dari mana sarang burung itu diambil dan syarat ketiga mereka mesti mempunyai sijil kesihatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kandungan nitrat tidak melebihi 30 bahagian per juta (ppm).

Kerajaan China nak tahu kat mana kita beli sarang tu buat apa ekk??? diaorang tahu ka nama-nama kampung atau pekan dimana rumah tu di bina? pelik ya? Di Indonesia dikenakan syarat yang sama ka? atau kita yang bodoh buat segala macam syarat untuk susahkan rakyat yang ingin menceburi bidang ini??

Dengarnya di Indonesia semua tu tak perlu pun...kenapa di Malaysia semua tu diperlukan?? RAKYAT DIDAHULUKAN....ATAU RAKYAT KENA KELUAR DUIT DULU SEBELUM RAKYAT DAPAT DUIT......RAKYAT DULUKAN...BAYAR KAT SANA KAT SINI... TAPI ELUM TENTU DAPAT DUITNYA BALIKKAN?


“Jadi, mereka kena ada tiga sijil ini barulah mana-mana syarikat yang memenuhi syarat ini boleh mengeksport. Syarat ini bukan ditetapkan kita (Malaysia), tetapi kerajaan China,” katanya pada sidang media di sini, semalam. BETUL KAH NI??? DULU PAK DIN PI TAK PAYAH PUN SEMUA NI??

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin.

Noh berkata, menerusi pelaksanaan tiga syarat itu, tidak berlaku sebarang monopoli oleh satu syarikat, seperti didakwa sesetengah pihak, kerana mana-mana syarikat yang cukup tiga syarat berkenaan boleh mengeksport produk masing-masing tanpa sebarang masalah.

Katanya, syarikat yang memenuhi syarat itu juga perlu mempunyai rakan kongsi dari China sebelum mengeksport produk berkenaan.

Nak rakan kongsi pulak dah.....???? Ni bukan untuk tujuan monopoli ker?? kita orang Melayu ni macam mana nak dapat rakan kongsi kat China tu NOH OIIIII... kalau cakap China pun tak tahu???

“Ketiga-tiga syarat berkenaan terkandung dalam protokol import (peraturan) yang akan ditandatangani antara Malaysia dan China kelak.
“Ia hasil beberapa rundingan yang dilakukan antara kedua negara selepas China menyekat ekspot sarang burung walet dari negara ini sejak Julai tahun lalu.

“Protokol itu sudah siap dan kini kita menunggu jawapan iaitu tarikh menandatanginya daripada kerajaan China. Kita sudah menghantar surat secara rasmi, menjemput mereka untuk menandatangani protokol itu dan meminta tarikh untuk saya ke sana, sekiranya mereka tidak boleh hadir ke Malaysia,” katanya. ...NAK PI SANA LAGI... PERABIH DUIT AJERLAH...ISH ISH ISH..

Menurutnya, dalam protokol berkenaan juga pihak berkuasa China turut meletakkan syarat supaya semua produk sarang burung dari negara ini dilengkapi sistem teknologi Pengenalan Data Frekuensi Radio (RFID) bagi mengesan sumber produk itu. Beliau bagaimanapun berkata, sementara menunggu protokol itu ditandatangani, kementerian akan mengeluarkan sijil eksport kepada mana-mana syarikat yang memenuhi tiga syarat itu untuk cuba mengeksport sarang burung walit ke negara berkenaan.
NI LAGI SATU HAPRAK PUNYA CITEER..
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/19

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments