No RFID....Begitu Jeritan Masyarakat Cina..jam 8.00 pm Berita tv2 tadi...

Jam 9.00 malam tadi diberitakan  tentang bangkangan masyarakat Cina yang menceburi bidang usahawan burung layang-layang.. pak Din kurang faham apa yang dikatakan tetapi yang pasti terdapat perjumpaan antara pengusaha burung layang-layang Cina  dengan Ketua Pengarah V ..

Dari apa yang difahami sedikit-sedikit dengan sepanduk yang dibawa/diangkat.. pihak pengusaha Cina membantah penggunaan RFID yang diwajibkan dipasang pada sarang-sarang yang dihasilkan di rumah masing-masing...Suara ramai dengan bantahan mereka menyebabkan Ketua Pengarah V.. terpaksa mengalah mengatakan ianya TAK PERLU PULA DIPASANG...tetapi rumah burung yang dibina diberi masa 6 bulan untuk didaftarkan...

UNDANG-UNDANG APA NIH??? Boleh diubah-ubah dalam sekelip mata...apakah ini permintaan pihak pengimport di China atau kerajaan Malaysia yang buat  bagi mengkayakan kroni??? ianya bukannya murah bagi setiap RFID yang diguna??

Jika ini boleh diubah-ubah...tak mustahil yang lainnya juga boleh diubahkan???  semua ketiga-tiga ketetapan juga berkemungkinan hanya dibuat oleh kerajaan Malaysia...bukannya ketetapan dari negeri Cina??  Contohnya keperluan bagi pengeksport mempunyai rakan kongsi di negeri China?? Ini tentunya satu cara memonopoli industri ini kan??

Dalam sesi media...salah seorang peserta telah mempertikaikan penggunaan RFID kerana katanya apa guna dipasang ??? kerana melalui pengalaman beliau pihak China aKan membeli sarang burung tersebut dan semua RFID YANG dipasang pada bungkusan akan dibuang dan mereka akan repack semula....BENAR..ITU YANG PAK DIN NAMPAK SEMASA MELAWAT PUSAT PENGEDARAN SARANG semasa lawatan Pak Din ke sana tahun lepas...

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments