Apa Dah Jadi Dengan RBL Ini??

Beberapa hari yang lepas seseorang yangberasal dari Kelantan meng SMS Pak Din tentang nasih RBL ini....

Katanya RBL ini kelihatannya seperti sudah tak terurus... atapnya sudah ditiup angin, terbuka... menyebabkan ianya bocor dan tentunya semua hiasan dalamannya sudah berkulat??? Bunyinya sudah tiada... dilihat dari luar.. sudah seperti ditinggalkan sekian lama.....

Jawapan Pak Din pada beliau...entahlah.. Pak Din sudah meninggalkan rumah  ini sudah sekian lama...setelah membuat pemantauan demi pemantauan, pembetulan demi pembetulan bagi yang tak berpuas hati..walaupun kertas sudah ditandatangani menyatakan berpuas hati...... tetapi akhirnya RM15K tak mahu dibayar... alasan masih tak berpuas hati dengan RBL yang dibina walau banyak burung yang sudah keluar masuk... menunggu hari untuk tidur sahaja... begitulah..nasib Pak Din..

Selepas itu diburukkan lagi nama Pak Din kepada konsultan di Kelantan juga..dikatakan Pak Din membina rumah yang "tak bagus" sehingga komen-komen konsultan baru dipaparkan di dalam blognya.. pada firasat ak Din ianya sudah menggunakan duit Pak Din yang tak dibayar untuk membayar konsultan baru??? Habis kenapa RBLnya masih terbengkalai???? Mungkinkah konsultan itu juga tak dibayar??

Hanya Tuan empunya RBLnya sahaja yang tahukan??

Tetapi kenapa jadi begini?? duit yang banyak sudah dilaburkan.. kenapa yang sedikit tak mahu di bayar?? akhirnya kerugian yang lebih besar di alami.. RBL ini hanya boleh dijadikan "stor" untuk barangan yang tidak rosak dek hujan??

ALLAH MAHA MENGETAHUI..DAN BALASAN ADALAH DARI NYA ... WALLAHUALAM....

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments