07-07-12 .Peringkat Penubuhan Koperasi Usahawan Burung-layang Kedah Berhad - Berjalan dengan lancar.. Bersyukur Kita pada Yang Maha Esa.

ALHAMDULILAH.... terlebih dahulu Pak Din  dan crew mengucapkan ribuan terima kasih kepada jemputan-jemputan (terdekat) yang hadir ke Mesyuarat awal peringkat penubuhan koperasi kita (Koperasi Usahawan Burung Layang-layang KEDAH Berhad). Untuk pengetahuan umum sebenarnya Pak Din   telah memohon dinamakan Kop. Usahawan Burung Layang-layang Malaysia Berhad dengan mengemukakan semua nama-nama yang telah diemailkan dan menghubungi Pak Din   sebagaimana dipaparkan dalam blog.

Walaubagaimana pun Kelulusan SKM Ibu pejabat hanya diberi beroperasi di Kedah sebagai permulaan. Atas nama Kop. Usahawan Burung Layang-layang Kedah Berhad. Insha Allah selepas mesyuarat pertama akan datang  kita akan cuba mengambilkira semua yang berminat sebagai ahli. Doakan agar pendaftaran Koperasi kita dipermudahkan dan dipercepatkan semoga asas kerja-kerja awalan dapat kita mulakan dalam masa terdekat dengan misi memajukan "Wawasan  dan Halautuju Industri Sarang Burung Layang-layang Kearah Globalisasi". 

Data-data penyokong diperingkat awalan penubuhan koperasi ini semuanya masih dalam simpanan Pak Din. Satu mesyuarat agung akan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari kelulusan penubuhan koperasi...Semua pihak yang menyatakan bersetuju dengan penubuhan koperasi ini akan dipanggil..insha Allah..

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments