Wajarkah Kita Menipu Untuk Mendapat Sedikit Keuntungan??

Apakah berbaloi bagi kita menipu untuk mendapat keuntungan? Patutkah kita memaniplasi kejujuran orang lain untuk kita mengaut keuntungan?? Sampaikah hati kita menipu orang lain dalam mengejar kekayaan duniawi...??

Itulah yang sering membuat kita bertanya kepada diri sendiri...setiap kali kita tertipukan?? Pak Din tak pernah terfikir semua perkara itu akan berlaku pada Pak Din...Tetapi itulah yang berlaku... Walaupun merasa kesal atas kerugian yang dialami..tetapi apa nak buat... Pak Din pasrah.. Mungkin ada hikmah disebaliknya...
Dulu tertipu dengan janji-janji manis pemilik rumah yang inginkan sebuah rumah dibina untuk mereka.. bayaran akan dibuat sebaik sahaja kerja-kerja disiapkan..mulanya semua berjalan lancar...tetapi akhirnya bila belanja dikeluarkan dahulu dan rumah disiapkan bayaran mula KANTOI..mungkin fikiran mereka Pak Din sudah membuat banyak keuntungan dari duit mereka?? Walau dengan harga murah..difikirkan banyak keuntungan yang dibuat.. Entahlah.. Itu yang berlaku pada Pak Din..mungkin di dunia ini kita tak boleh terlalu mempercayai janji-janji manis walau pun orang yang kita kenalikan? Walaupun mereka itu seorang yang solat tak pernah ditinggalkan... Tuan haji... Ustaz... Guru, sebagai pendidik.. pengurus sesebuah organisasi tau pegawai kerajaan.. yang boleh dipercayai hanya diri kita sendiri kan? Bukan semua..tetapi kebanyakkan begitulah..

 Baru-baru ini seorang teman juga telah tertipu akibat percayakan orang lain... beliau melabur dalam lot rumah burung.. hampir RM25K dilaburkan.. akhirnya kerugian... duit yang disimpan melalui penjualan kambing-kambingnya lenyap begitu sahaja... Kesal tidak berguna lagi.. nasi sudah menjadi bubur.. Walau apa pun yang dibuat...duit yang dilaburkan telah lebur..


Pak Din juga terkena lagi akibat janji-janji teman yang mengajak berkongsi melabur dalam mencuci dan menjual sarang.. Hampir RM30K dikeluarkan sebagai permulaan..ingatkan perkongsian sama rata..? tetapi rupanya hanya Pak Din yang banyak mengeluarkan modal.. Perjanjian asalnya sarang yang Pak Din beli Pak Din yang membayar upah mencucinya, 7 kilo sarang yang Pak Din beli dan hantar untuk dicuci..semuanya Pak Din bayar..dengan upahnya, sewa rumahnya dan segala bill juga Pak Din bayar, termasuk sebahagian besar peralatan yang diguna.... Segalanya berjalan lancar...tetapi hanya Pak Din yang mnngeluarkan wangnya.. tetapi fikir Pak Din tak mengapalah kerana semua sarang yang Pak Din beli..Pak Din bayarlah..segala upahnya..


 Sebulan... dua bulan hampir berlalu...sarang-sarang yang dicuci belum juga disiapkan.. terfikir dihati..kenapa begitu lama?? Kemudian duit diminta pula..katanya untuk membeli sarang yang "cantik" dengan harga yang lebih tinggi... terfikir Pak Din..apakah teman ini nak membuat untung awalan dari Pak Din? Upah mencuci telah meningkat... apakah keuntungan juga dibuat di sini? Di hati sudah ragu-ragu.. tetapi disebabkan sudah banyak wang yang dilabur... terpaksa diteruskan...

Pak Din dijanjikan 5 kilo sarang yang telah siap dicuci pada penghujung 2 bulan beroperasi.. untuk dibawa ke China dan dijual.. tetapi apabila pergi untuk mengambilnya hanya 3.5 kilo sahaja yang diberikan..ADUHHHH...pada fikiran Pak Din.. apakah aku dimainkan?? nak main sorong papan tarik papan???  dan sebelum bertolak balik dengan bekalan 3.5 kilo sarang... BELIAU  mengatakan.. hasilnya kita kongsi untuk dijadikan modal ya??? Tersentak Pak Din...aku yang keluarkan modal... hasilnya nak dikongsi bersamaa...peliknya?? Tapi bersabar sajalah... KERUGIAN SUDAH NAMPAK DIDEPAN MATA KU.. tetapi masih ada harapan jika sarangnya dapat dijual dengan harga RM8K sekilo mungkin modal awal yang dikeluarkan dapatlah kembali...

Tetapi malang lagi.. sarang ynag dibawa ke China rupanya terlalu nipis dan rapuh...janjinya pekerjanya pandai membentuk.. tetapi...??? Hanya sebahagian sahaja yang dapat dijual..selebihnya terpaksa dibawa balik ke Malaysia.. Teman kongsi saban hari menalipon bertanyakan hasil jualan... akibat kecewa yang teramat.. dan kerugian yang dialami..semua panggilan tidak lagi dijawab..hati juga terlalu sakit ... biarlah !!!! Walau isteri Pak Din sudah banyak kali menyatakan kesangsian akan joint-venture ini..tetapi kerana terlalu mempercayai cakap manis orang.. beginilah jadinya..

Peliknya teman yang manis di  mulut ini tidak pernah merasa bersalah..... walau masih banyak sarang yang Pak Din beli berada ditangan beliau dan segala peralatan yang Pak Din beli ada dengannya.. beliau tidak segan-segan memburukkan Pak Din sehingga seseorang yang ingin berkongsi hasil rumah burungnya (teman beliau dan Pak Din) setelah Pak Din bantu memulihkan rumah yang hanya sekadar 2 pasang burung sebelumnya..kini sudah banyak yang didiami.. membatalkan niatnya berbuat demikian..

Tak mengapalah...sudah nasib Pak Din agaknya sentiasa "malang"..tetapi apa yang Pak Din dapat ialah pengalaman mengajar Pak Din..jangan percayakan orang.. biarlah membuat sesuatu itu secara sendirian.. percayakan diri sendiri dan rezeki adalah dari Yang Maha Esa... Jika kita berusaha akan adalah hasilnya...

Hubungi Kami: 017-4306422 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.

Comments