Kilang Memprocess Air Sarang Burung - Mencuba Nasib..







Baru-baru ini Pak Din mencuba nasib memasarkan air sarang burung layang-layang yang diproses sendiri..secara kecil-kecilan.. Dengan harga yang berpatutan dan kandungan dalamannya yang punya peratusan yang mencukupi bagi membantu penjagaan kesihatan badan...?   Mengikut pengakuan orang  yang sudah mencuba air sarang burung Pak Din,...beliau yang demam dan tidak sihat kembali bertenaga..panas badannya hilang ..Wallahualam.. dan beliau datang semula untuk membeli air sarang burung Pak Din dalam jumlah yang banyak... 50 botol untuk minum sendiri anak beranak..
Beginilah usaha Pak Din dalam mencari rezeki baru, setelah   kecewa dengan industri pembinaan rumah burung yang rata-ratanya bermulut manis tetapi akhirnya hutang tidak mahu dibayar walau rumah disiapkan.....ADAT ORANG MELAYU, BUKAN KESEMUANYA tetapi sebilangan besar yang Pak Din ketemui...
AIR SARANG BURUNG...di mana dipasarkan ?.. SEBAGAI PERMULAAN  Pak Din mulakan dengan menjual di tapak-tapak ceramah politik/agama yang rancak sekarang ini di Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya.... Usaha akan dipertingkatkan bagi penjualan di serata pasar harian/mingguan dan pasar-pasar ramadhan.. dan kedai-kedai makanan apabila production dapat ditingkatkan.
Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan bagi bulan Ramadhan kelak..boleh menghubungi Pak Din melalui email dengan menyatakan jumlah yang diperlukan dan di mana perlu dihantar.... BAYAR DAHULU BARU BARANGAN DIHANTAR..INSHA ALLAH!

Hubungi Kami:  012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments