Hadiah Buat Isteri Ku Tersayang Hampir Siap- Kg.Binjai /Kubang kerian- Kelantan



RBL ini milik seorang usahawan muda dalam 40an yang berasal dari Ipoh. Isteri beliau orang Kelantan. Kerana minatnya dalam indutri ini maka beliau kini telah memiliki 3 buah RBL yang hampir serupa. Dua daripada bangunan RBL ini dibina oleh Pak Din pada kos sederhana. Sebagai mendalami ilmu dalam Industri ini maka beliau ada menyertai bersama Pak Din meneroka pasaran di China pada tahun lepas 2011 ke Guangzhou meninjau pasaran dan mendapat kepastian pasaran di sana. 

Sekembali dari lawatan tersebut beliau telah meminta  Pak Din  membina sebuah lagi bangunan RBL untuk isterinya dikampong di Kelantan. Katanya RBL ini sebagai hadiah dan penghargaan kepda seorang Isteri menjaga beliau dan anak-anak. Emm,,,,bersyukurlah segala perancangan dalam pembinaan berjalan dengan lancar dan di akhir bulan ini insha Allah bangunan ini akan dapat beroperasi. Moga berjaya hendaknya. Size bangunan RBL ini 40' x 40' x 4 tingkat bermenara (sebab pokok disekeliling agak tinggi). Di sini juga disambungkan dengan rumah hinggap beliau sekeluarga bersiz 20'x 40'x 1 tingkat.

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments