Pak Din Sudah Sampai Ke Guangzhou...Cuba Teka Berapa Kilo Sarang Yang Pak Din Bawa Kesini Untuk Didagangkan??

Semalam jam 8.30 malam Pak Din bertolak ke Guangzhou, China sendirian...Terasa bagaikan Pak Din balik kampung ajer..Berbekalkan sepatah dua bahasa Manderin, Pak Din mencuba nasib dengan sedikit sarang burung yang dibawa tanpa sebarang masalah...
Pak Din sampai di Guangzhou sekitar jam 12.45 pagi di airport  Guangzhou, China dan kemasukkan ke sini juga tanpa sebarang masalah... Siapa kata kita tak boleh mengeksport sarang ke China? Tiada sekatan dan tiada gangguan.. Pak Din berjalan masuk dengan senang ajer..China tidak pernah melarang kita membawa masuk sarang burung ke negara mereka...
Kira-kira jam 3.00 pagi baru segalanya selesai dan Pak Din masuk ke hotel yang agak mahal sedikit sebab hotel yang nak di tuju tak dapat dicari di dalam hujan lebat dan kegelapan pagi... tetapi apabila hari sudah clear... Pak Din mencari hotel yang sudah biasa Pak Din duduk semasa di sini..berdepan dengan sebuah masjid tertua di Guangzhou..(pernah disiarkan di dalam TV3 dalam siri menjejak rasul...)

Hujan renyai-renyai mengingatkan Pak Din kepada hari-hari hujan di negera kita.. kalau di Malaysia kita sentiasa berada di dalam kereta tetapi di sini kebanyakkan orang China berpayung dan berjalan ke sana kemari ..dan Pak Din juga mengikut tradisi di sini...berjalan kaki kehulu kehilir mencari tempat yang dituju...

Kebetulannya hari ini hari Jumaat..ramai orang Arab,ratusan berserta orang China Muslim (sekitar 400 jemaah) bersolat jumaat di sini dan hanya Pak Din (1 orang Melayu) dan satu orang Indonesia bersolat berjemaah di sini pada hari ini... Selepas jumaat pihak masjid mengumumkan akan membesarkan masjid dan memerlukan RM40Juta bagi membinanya... dengan rasa rendah diri dan bersyukur akan rezeki yang pak Din ada sedikit sumbangan dihulurkan juga...bagi membantu mendirikan masjid untuk  anak-anak cucu Pak Din kelak datang berniaga di sini...




Dengan harapan esok akan lebih baik dari hari ini Pak Din berdoa dan mengharap esok hujan bakal berhenti dan Pak Din boleh mencari peluang berdagang di sini...dan selepas itu mungkin Pak Din akan menjelajah negeri China...mungkin ke Shanghai, Beijing atau ke lain tempat...Insha Allah...Doakan kejayaan Pak Din merintis jalan untuk kita semua kelak..

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments