Hadiah Durian Runtuh-- Buat Usahawan Burung Menjelang PRu13



China tarik larangan import walet Malaysia- Lapuran Akhbar Berita Harian Hari Ini,


CHINA menarik balik larangan import sarang burung walet dari Malaysia dengan syarat kandungan nitrat dalam produk itu tidak melebihi paras 30 bahagian per juta (ppm).

Kerajaan akan memaklumkan kepada pengusaha sarang burung di Malaysia berhubung syarat baru yang ditetapkan Kerajaan China itu,” katanya kepada wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning di sini, semalam. 

Katanya, pihak berkuasa China sebelum ini melarang kemasukan sarang burung dari Malaysia apabila tidak meluluskan kadar kandungan nitrat dalam produk berkenaan. 


Najib berkata, Kerajaan China juga bersetuju memberi lesen operasi bagi membolehkan syarikat AirAsia mengadakan penerbangan ke bandar Nanning. 


Selain itu, katanya, Perdana Menteri China ingin melihat supaya hubungan antara pemimpin belia kedua-dua negara ditingkatkan. Wooo......................jom p China ....Justru kita perlu berusaha meningkatkan misi kita dengan mengadakan direct B2C melalui Koperasi kita ke sana.

Comments