Comel, Menarik, Sedarhana Dan Berjaya?? di Perjalanan Dari Binjal ke Pengkalan Cepa, Kelantan

Sebuah RBL yang menarik dan comel, dibina di atas petak sawah padi, dengan cerucuk sebagai penahannya...

Sebuah lagi RBL hampir sama dengan yang diatas dibina di tepi rumah, kecil molek, sudah tentu milik kaum kita..bumiputra. Berhampiran Universiti Malaysia Kelantan dalam jajahan Jeli.


Seorang teman dari Sabah ada menghubungi pak Din... begini bunyinya...

 Assalamualaikum...Pak Din.

Saya  .........,  berasal dari beaufort, sebuah Pekan kecil yg saya kira tinggi potensinya dalam industri ini. terletak di Sabah, saya merupakan anak bongsu dari 9 adik beradik. berumur 32 tahun.  saya amat tertarik membaca blog pak din, yg saya google untuk mencari cerita terkini untuk industri ini. Walaupun Pak Din seorang yg telah berjaya dan orang lama dalam industri walet ini, Pak Din nampak ikhlas memberi ilmu dan bantuan. maafkan saya pak din, tujuan saya menghantar email ini kerana ingin memohon pandangan pak din sendiri berkenaan RBW yg ingin saya bina. kerana kekurangan modal, saya rasa RBW yg akan saya bina hanya bersaiz lebih kurang 20 kaki x 20 kaki atau lebih kecil. Soalan saya pak din, benarkah saiz RBW main peranan yang besar? 

Untuk makluman pak din, saya sangat berterima kasih dengan artikel yang pak din tulis. artikel yg pak din karangi membuatkan saya lebih bermotivasi dan yakin....

 memang saya percaya Allah akan membantu dan memudahkan urusan kita selagi kita mengingati Nya solat+doa+usaha dan yakin. Tapi apa yg hampir mematahkan semangat saya pak din, saya telah ditentang oleh adik beradik saya. iaitu abang dan kakak saya yang menyatakan industri ini tidak bertahan lama. saya ditentang hebat lagi apabila saya berhasrat menjual tanah pusaka yg hanya bersaiz 0.5 ekar dgn harga rm60k sahaja, tetapi hampir semua adik beradik saya marah dan mereka memaksa saya jual kepada mereka dgn hanya rm25k alasanya mereka sayangkan tanah tersebut. dan takut jatuh kepada orang lain. walaupun pada asalnya saya boleh mendapat harga rm60k sekiranya saya menjualnya kepada seorang Hamba Allah yg ingin membantu saya  dengan  niat beliau meringankan beban membina RBW. Namun saya mengalah dan jual kpd abang saya. Sy menanam niat untuk tingkatkan pendapatan dan saya yakin saya boleh buat dengan hanya bermodalkan rm25k ini.. utk makluman pak din juga, saya merupakan seorang penjawat awam yg berada dalam golongan kumpulan .................. Mmg saya boleh buat pinjaman bank utk RBW ini, namun saya engan berbuat demikian sebab saya risaukan hutang yg makin bertambah. dengan gaji yg kecil mempunyai 3 orang anak. saya dan isteri tidak mampu menanggung beban hutang lagi. 

saya ada mencuba dan membuat penyelidikan tentang segalanya berkenaan industri ini sejak 1 1/2 tahun lepas. Apa yg merunsingkan saya adalah kebenaran yg menyatakan berkenaan saiz RBW ini... 

Sekiranya pak din mempunyai sisa masa unntuk membalas email yang saya hantar ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Allah saja dapat membalas jasa baik pak din...  

Begitulah bunyinya lembaran dari teman dari Sabah... ingi meneburi bidang industri ini... tetapi mendapat tentangan dari ahli keluarga....

Syabas Pak Din ucapkan kepada teman kita ini.. Pak  Din berbangga dengan beliau...sebenarnya saiz tidak memainkan peranan yang begitu besar...20x20x20' sudah lebih dari cukup untuk permulaan..Beaufort merupakan lokasi yang bagus untuk industri ini... Mungkin dalam 2-3 bulan sudah menunjukkan hasil...kerana terdapat kawan Pak Din yang membinanya di sebelah sana dan hasilnya sudah 2 kilo dalam masa 6 bulan....

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments