Canton International Trade Fair Exibition 2012 ( 19April - 5hb.Mei 2012)--- Insha Allah Tahun Depan Kita Pergi Bersama...

Bandaraya Guangzhuo Yang Memberi Seribu Pasaran  Dengan Kepadatan Penduduk 85 Juta
Sekali lagi Pak Din berada di Guangzhou. bagi menjual sarang burung yang telah dibersihkan. Kebetulan pada hari kedua di sana  Pak Din  berjumpa dengan 2 orang teman dari Melaka yg kebetulan menginap di Hotel yang sama dan diberitahu bahawa kini sedang berlansung Pameran Perdagangan Antarabangsa Canton 2012 iaitu pada jarak 15km dari Bandaraya dekat Pusat Perdagangan Antarabangsa Canton.  Pak Din  bergerak dengan menaiki bus percuma yang disediakan oleh pihak penganjur. 


Bangunan Pameran Antarabangsa Canton 4 Sayap ( Blk A / Blk B / Blk C / Blk D Dan Dataran Rata
pada keluasan 1kilometer persegi 6 tingkat dalam
Pintu Masuk Ke Bangunan Blok A & Ke Blok B ( 6tingkat )
Hari Pertama Pembukaan Ribuan Pengunjung (Jam 11pagi)

Pada jam 10pagi sesampainya ditapak pameran alangkah terkejutnya  Pak Din  kerana bangunannya yang begitu besar dengan rekabentuk yg canggih memang menarik minat semua pengunjung. Ribuan pengunjung   mendaftar diri termasuk Pak Din
Jom Kita Join Adakan Pameran Dan Kontrak Pasaran 
Emmm...banyak barangan yang dipamerkan dan didagangkan secara langsung kepada pedagang dan pengguna. Dari barangan kegunaan dalaman rumah/luaran dan pemakanan hingga ke barang perhiasan dan machine-machine. Ramai pembeli dari luar negara (Russia/Arab/Europe/US dan Pedagang Tempatan). 11jam  Pak Din meluangkan masa di sini.

Pak Din Bersama Mendengar Taklimat Penjenamaan Dan Jualan Lelong Terbuka

Menjelajah Ruang Pameran (but-but pameran)

Keceriaan Manjelang Malam.

Ruang Dalam Pameran ( Blok B) - nanti Kita Join !!!  barangan sarang burung.

Hmmmmm.. satu pengalaman dan peluang perniagaan yang terbuka luas. Pasaran yang menarik. Pada pandangan  Pak Din  jika kita berusaha bersama dengan kapasiti yang besar sarang burung kita dapat dijual pada harga yang baik .Penjenamaan/Pengiklanan dan Kualiti memain peranan penting di sini. Emm..Insha Allah 1tan lebih sarang mudah dijual di sini. Kerana pembeli bukan sekadar membeli untuk makan malahan untuk pembekalan produk hiliran kosmestik/makanan dan lain-lain. Mampukah burung-burung kita membuat sarang?....aaa.. di mana ada usaha di situ insha Allah ada rezeki diberkati.


Maka tidak hairanlah jika dikatakan Indonesia mengexport berbilion RM setiap tahun. Bagaiman kita nak mula  Pak Din?..... baru lagi ni...cam mana modal ?....nanti kita bincangkan bersama /doakanlah moga minggu depan Kooperasi kita diluluskan cepat untuk mesyuarat bersama SKM Ibu pejabat KL Suruhanjaya Kooperasi di Alor Setar dah lulus cuma kita menunggu pendaftaran kelulusan KL pula. Khabar berita awal bulan May.( Pak Din  dimaklumkan oleh SKM, Alor Setar).

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments