Apakah Perbincangan Pihak Berwajib Dengan Pihak Kerajaan China Dapat Membantu PasaraN Sarang Burung Kita

SEDIKIT HARI DULU RAMAI YANG MEMUJI PIHAK KERAJAAN DALAM USAHA MENARIK BALIK LARANGAN MENGIMPORT SARANG BURUNG DARI MALAYSIA....pada Pak Din tiada larangan tersebut yang wujud..yang ada cuma propaganda dari pihak-pihak berkepentingan sahaja..

Mengikut pengalaman Pak Din baru-baru ini perbincangan tersebut bukan menyenangkan tetapi menyusahkan kita kaum bumi untuk berkecimpung di dalam industri sarang burung ini. Dulunya pihak Indonesia menggunakan Semenanjung Malaysia untuk mengeksport sarang ke China tetapi kini ianya sudah terbalik.. Lebih senang mereka memasuki pasaran China dari kita. Begitu juga dengan Thailand dan lain lain negara pengeksport.
Semasa di Guangzhou, Pak Din terpaksa ke hulu kehilir mencuba mencari harga yang terbaik...rata-ratanya mengatakan mereka memerlukan surat kesihatan daripada negara China untuk membelinya...tapi kalau nak jual juga hanya dengan harga yang rendah ...iaitu paling tinggi cuma RM5,800.00 sahaja. Ini bermakna bukannya dokumen itu yang penting tetapi lebih kepada memainkan harga...mereka nak untung lebih sebab harga di pasaran lebih tinggi kerana sarang di sana berkurangan di dalam stock.
Jadi pada pandangan Pak Din apa yang diwar-warkan dulu tak ada bezanya pada pasaran kita...ini hanyalah mainan sesetengah pihak supaya sarang dapat dibeli dengan harga murah dan ianya perlu dijual kepada pihak tengah yang mengaut untung berlipat ganda dengan modal yang sedikit...
Semasa di Shanghai, pak Din juga dimaklumkan terdapat segolongan "traders" dari Malaysia yang memaklumkan kepada pihak peniaga di sana supaya jangan membeli sarang-sarang yang dibawa oleh orang-orang yang tidak dikenali dari Malaysia kerana sarang-sarang di Malaysia dibersihkan menggunakan bahan-bahan yang mengandungi nitrate... JAHATKAN? INILAH USAHA-USAHA BAGI MEMBENDUNG KAUM BUMI DARI BERKECIMPUNG DALAM INDUSTRI INI...

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN BAGI MENGATASI MASALAH INI?? SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN...

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments