Sarang Burung Dari Thailand dan Indonesia Kini Lebih Mendapat Tempat di Pasaran China.....Kenapa???

Semasa ke China tempoh hari..Pak Din dapati lebih banyak sarang yang diterima dan dijual di China (Guangzhou) datangnya dari Thailand dan Indonesia... rata-ratanya lebih meminati sarang burung dari gua.. ini menunjukkan apa?

Pemborong di China tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada sarang burung yang dituai dari rumah-rumah burung!!!! di Malaysia... kalau ada pun yang pasti dari Gua lebih diterima...Ini sudah tentu sarang-sarang  dari rumah-rumah burung lebih ditakuti punya banyak bahan-bahan asing...atau chemical... tak kurang pula yang dicampur dengan bahan tiruan..

Pak Din nasihatkan rumah-rumah burung kita tidak diletakkan bahan-bahan asing seperti segala jenis semburan, najis burung, amonia dsbgnya.. ini akan memberi kesan buruk kepada sarang-sarang burung yang dihasilkan.. Ambil contoh baju putih daripada cotton .. letakkan di dalam bilik yang berbau rokok atau baja atau apa saja bahan yang tidak natural.. Simpan bagi masa yang panjang... apa yang bakal jadi pada baju tersebut? bertukar warnakan? berbau busuk...begitu juga dengan air liur burung yang putih jernih apabila dihasilkan tentu bertukar warna apabila sudah kering dan dalam masa yang tertentu.. Jadi fikir-fikirkanlah....

Baru- baru ini PakDin menemui seorang pemborong sarang burung dari Thailand datang ke sini mencari sarang burung untuk dibeli... kenapa? sarangnya sudah jatuh.. harganya lebih murah dari  di Thailand.  Dengan membeli dengan harga melebihi RM2,000, sarang dibawa balik ke Thailand dan diproses di sana...bila nak di jual iaya di label produk dari Thailand.. di sana untuk mengeksport lebih senang, tiada karenah yang berlebihan seperti yang terdapat di Malaysia.. 

Sebenarnya di peringkat antarabangsa perdagangan sarang burung ini adalah secara bebas.. Tiada undang-undang yang mengikat seseorang untuk mengimport atau mengeksportnya masuk/keluar dari mana-mana negara.. Yang menyusahkan urusan kita mengimport atau mengeksport sarang burung ini adalah undang-undang yang dibuat di dalam negara kita bagi mendapatkan cukai, sebagai pendapatan negara.. tetapi soalannya kenapa disusahkan??? kalau kita tak boleh mengeksport ke China?? kenapa tak ke Japan?? Korea? Negara-negara Arab..dan sebagainya??? Asalkan kerajaan mendapatkan hasil?? Kini burung ini tidak tersenarai di dalam mana-mana akta? kenapa tidak dibiarkan kita menanggung risiko kita sendiri untuk membawa ianya keluar negara??

ITULAH PERSOALAN-PERSOALAN YANG MASIH MENJADI TANDA TANYA...DAN BAGAIMANA MENGATASINYA?? TANYALAH PADA PAK MENTERI YANG MENJAGA PENERAJUNYA??

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments