Posto- Posto ?...Rumah Siapa Ni. Mana Orang ?..Aik Rumah Burung Pun Ada Peti Surat .Dunia Dah Maju


Hari ini Pak Din menerima panggilan dari si pemilik rumah ini lagi sekali...katanya beliau mendapat lapuran dari orang kampung yang tinggal berhampiran rumah burungnya...kata mereka di waktu awal pagi..burung berduyun-duyun keluar dari rumahnya dan di waktu petang begitu ramai pula yang balik dan tidur di dalam rumahnya itu... WAHHHHH...Alhamdullilah SYUKUR Pak Din usaha kami bersama membawa kejayaan diperingkat pertama...harapan Pak Din tiada yang mengganggu burung-burung tersebut dan dalam jangka masa yang pendek..kelak mereka bakal mula membuat sarang pula...

Minggu lepas Pak Din dan isteri telah melawat rumah burung ini yang terletak di  Johor. Pembinaannya telah Pak Din siapkan kira-kira sebulan dulu. Panggilannya sudah dibuat dalam masa 2 minggu..dan semalam Pak Din mendapat khabar gembira dari tuan punya rumahnya yang AMAT GEMBIRA SEKALI MENYATAKAN ...RUMAHNYA sudah ditiduri sang burung, dikira..lebih kurang ada 18 ekor...ALHAMDULLILAH...itulah yang Pak Din sempat ucapkan....SYUKUR..

Bagi pengetahuan semua, pemilik rumah ini telah melabur dalam pembinaan rumahnya ini kira-kira 2 bulan lepas... setelah membuat penyelidikan dan kajian sendiri... Dulunya anak didik Jabatan PERHILITAN. beliau telah beberapa kali mengikuti kursus anjuran Jabatan PERHILITAN..dan setelah sekian lama barulah beliau mendapat "PETUNJUK" untuk membinannya..dan Pak Din dipanggil bagi membantu...

SYUKURLAH usaha beliau sudah menampakkan cahaya kearah kejayaan.. Berkat doa, solat hajat, solat dhuha dan berbagai lagi usahanya...hinggakan bersolat didalam rumah burungnya memohon pertolongan dan limpah kurnia Yang Maha Kuasa....ALHAMDULLILAH kini beliau bersyukur...

BEGITULAH apa yang Pak Din selalu perhatikan seseorang yang banyak berusaha dan berdoa dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Pemberi Rezeki...insha Allah kejayaan bakal menjadi miliknya..Pak Din juga berdoa setiap usaha diberi balasannya... Sifat menyalahkan orang lain apabila rumah tidak dimasuki burung bukanlah caranya kerana HANYA USAHA DARI DIRI SENDIRI yang MAHA penting  dalam industri ini...

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments