Peralihan Dari Seorang Kontraktor Rumah Burung Kepada Penjual Sarang Burung...

Pak Din telah berkecimpung dalam pembinaan sudah hampir 35 tahun.. dari berkerja sebagai seorang pegawai kerajaan..kini sudah hampir menamatkan servicenya di sana... mengambil cuti tanpa gaji tahun lepas dan kini akan berpencen pilihan...

Ingat dihati akan meneruskan kerjaya dalam bidang pembinaan sehingga keakhirnya..tetapi "panas biasanya taklah sampai kepetang" biasanya akan hujan ditengah hari.....atau disebelah petang atau malam kan? 
Rumah sudah siap sepenuhnya, hutang masih ada RM15K, minta dihalalkan, burung yang sudah  tidur tetapi kini sudah blah...
Kita merancang tetapi ALLAH
 YANG MAHA KUASA yang menentukan...




Rumah sudah siap sejak tahun 2008, tetapi dengarnya hingga kini masih belum ada
 burung tidur..hutang masih ada RM7K


Sudah lebih dari 100 buah rumah burung yang Pak Din bina.. tak semuanya 'manis", banyak yang "masamnya".. Alhamdullilah yang manisnya sentiasa mendapat khabar gembira... tetapi yang masamnya.... ramai yang merungut burung tak mau tidur di rumahnya... Kita merancang..tetapi Allah yang menentukannya... Dia Maha Adil, setiap doa dimakbulkan samaada oleh sipemilik rumah atau si pembinanya...

Masih berhutang RM7K, harga rumah cuma RM40K, rumahnya kelihatan bagai terbengkalai, tetapi sudah dibunyikan dan burung sudah keluar masuk...tapi kini?? Wallahualam...
Tiga buah rumah di atas ini adalah contoh dimana burungnya enggan tidur di dalamnya... Apa yang boleh Pak Din lakukan sudah pun dibuat... janji awalnya rumah insha Allah akan diusahakan untuk burung masuk... Rumah burung dah pun masuk, sudah banyak.. tetapi sayang tiada yang mahu tidur... Apa salahnya??? 

Setahu Pak Din apabila rumah sudah disiapkan dan semuanya "plain-sailing"... hutang semua berbayar.. Alhamdullilah burung pun masuk dan kemudian tidur dan bersarang dengan aman... tuannya juga masih menghubungi Pak Din.. bertanya itu dan ini  dan tak kurang juga berkongsi pengalaman dan kegembiraan.... ada yang masih berhubung meminta bantuan apabila rumahnya bermasalah...akibat.. musuh, kecurian oleh pencuri kepala hitam, masalah-masalah kecil yang lain-lainnya.. mana yang pak Din boleh bantu Pak Din bantu... khidmat diberikan...seseengahnya percuma, tetpi kalau jauh tu dimintalah sedikit duit minyak dan upah pekerja....

Tetapi bagi yang masih berhutang... Pak Din sudah menutup buku..kekadang panggilan pun tak dijawab.. bukan apa..mereka hanya minta dibuat itu dan ini.. ada yang nak minta pinjam duit..(dahlah hutang tak dibayar, nak minta hutang pulak), tetapi bila dibuat duit hutangnya masih tak juga dibayar..kadang-kadang Pak din terasa bagai peminta sedekah... Bukan seorang dua..tetapi kalau nak dikira dah boleh beli sebuah banglow mewah di bandar-bandar selain di bandaraya Kuala Lumpur... atau dah boleh beli sebuah kereta BMW...sehingga ada yang meminta dihalalkan....kalau sedikit tak ngapalah juga..Pak Din boleh belanja kopi jer...tapi belasan ribu ringgit...

Pada Pak Din tak mengapalah kalau tak nak bayar... dan diburukkan pula Pak Din... maklumlah Pak Din membina rumah murah...upah pekerja pun murah,  manalah nak dapat sebuah rumah yang canggih serupa dengan harga rumah yang bernilai RM400-500K??  Ramai dari pemilik rumah yang punya kepakaran membina rumah tetapi masaalahnya tak tahu nak buat rumah burung dan peralatannya... jadi mereka yang beginilah yang banyak komplainnya... kalau nak rumah yang canggih..buatlah sendiri.. ambil konsultan rumah burung untuk hiasan dalamannya...kalau tak ada RM30-40K bagi rumah sebesar  20'x30'x30' janganlah mimpi nak dapat rumah burung yang beroperasi..itu pun belum tentu lagi burungnya mahu masuk..


Kini Pak Din sudah mahu beralih angin...keluar negara menjadi pilihan.. mencari pasaran sendiri untuk memulakan perniagaan.. Dengan harga sarang burung di dalam negara yang sudah menjunam sehingga RM 1,000-1,500.00 bukan disebabkan tidak ada pasaran atau pembeli..tetapi oleh dek mainan sesetengah golongan yang mahu kaut untung lebih... sehingga bila? Pak Din pun kurang pasti... tetapi takkan kita nak tunggu harga sarang naikkan?  

Dengan pelbagai karenah birokrasi... peraturan-peraturan yang tak menentu...garis panduan yang pelbagai....tentunya harga sarang susah nak naik semula..kerana kesusahan untuk sarang dieksport keluar dari dalam negara membuatkan pembeli pembeli yang dulunya senang beroperasi terpaksa membawa sarang keluar secara haram....Risiko sarang dirampas..tanpa bicara menyebabkan tak ramai yang mahu mengambil risiko...itulah sebabnya tiada yang mahu beli sarang dengan harga tinggi... nak salahkan siapa?

Minggu lepas pak Din ada berjumpa dengan pihak Jabatan Veterinar... bagi mencari jalan untuk mengeksport sarang keluar negara.. WAH BANYAK SONGEHNYA...macam peraturan dikatakan kita perlu ikuti... peraturan yang sudah digazetkan? bila ditanya.. TAK ADA.. peraturan yang meminta kita membawa sarang untuk disiasat/kaji..komponen nitratenya? bila ditanya dimana? di Kuala Lumpur... ditanya lagi kat mana? katanya ada 2-3 buah lab yang menjalankannya! dengarnya macam ada monopoli...kenapa tak pihak kerajaan sahaja yang buat? tiada kepakaran? buatlah penyelidikan dulu....!!!  Dulu pihak IMR pun ada buat,,, dikaji kandungan calsium, potassium, magnesium... takkan nitrate tak boleh dibuat...bukankah caranya sama saja? Hahhhh itu pun tak boleh dijawab....

Pak Din juga ada diberitahu akan "gerenti" jika satu sarang di siasat kandungannya maka yang lain boleh dipastikan juga kandungan akan sama....UISHHHHHHHHHHH bior benor.... macam mana nak tahu ya? setiap sarang punya kandungan tersendiri, mungkin sama... tapi mungkin tak serupa... dari rumaberlainan, kawasan berlainan, pengurusan juga berlainan...mana boleh samakan?  ikut logik Pak Din lah... kalau satu sarang dicuci dengan air suling, satu lagi dicuci dengan air paip yang berkeladak dengan karat-karat besi... ada serupaka ?  Bila ditanya pasal GPS yang ura-uraa nak diwajibkan pasang dirumah dulu... la ni katanya dah tak jadi pulak..... mungkin baru terfikir tak logik kut...HAHAHA..

HAI ENTAHLAH ...sampai bila kita kena tunggu bila semua peraturan, garis panduan, akta? akan diselesaikan..tetapi pak Din cadangkan sebelum semua tu siap..berikanlah peluang pengusaha-pengusaha membuat urusan masing-masing, sekurang-kurangnya dapatlah di dapatkan pulangan bagi wang yang banyak yang telah dilaburkan...sehingga selesai...tentunya tak da siapa yang akan bising kalau esoknya sekian bayaran dikenakan untuk mengeksport sarang sebab semua sudah hampir jadi jutawan...

Apa-apa pun Pak Din akan tetap berusaha unuk membuka laluan bagi orang kita menjual sarang keluar negara..disamping berusaha unuk menghubungi kawan-kawan di dalam industri pemakanan/perubatan/kosmetik untuk mengeluarkan produk dari sarang burung ini... INSHA ALLAH!!  bagi yang masih mahu meminta Pak Din membina rumah burung....insha Allah boleh dibantu tetapi kenalah tunggu giliran, yang mungkin makan masa berbulan-bulan... sebab kini hanya sebilangan pekerja sahaja dikekalkan dengan Pak Din... BAYARAN pula mestilah melalui bank, terus dibayar pada Pak Din atau bayaran cash sekali gus..

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments