Menubuhkan Sebuah Koperasi/Persatuan....

Apa Tujuannya??

Kini terdapat begitu banyak masalah dalam industri ini terutama bagi kita kaum Bumiputera yang baru melabur di dalam pembinaan Rumah Burung Layang-layang ini... Rumah baru nak beroperasi... masalah pembinaannya.. bagi mencari kontraktor yang benar-benar dapat membantu, bukannya senang.. Ramai yang mengaku pandai..tetapi hampeh... Dulunya ramai yang mencari duit secara senang   dengan mewar-warkan penjualan lot-lot rumah burung...itu juga ramai yang kantoi... Kini bakal  pengusaha yang ingin membina rumah juga menghadapi masalah kerana pinjamaan bagi membina rumah ini semacam dibekukan...akibat pihak bank juga takut dengan permasalahan penjualan sarang yang semakin sehari semakin jatuh...

Ramai pemborong sarang yang terpaksa simpan stok sarang burung sehingga beratus kilo menunggu sarang naik harga...bila? entahlah...tak siapa yang tahu..ramai yang mengeluh... Sarang burung dari rumah burung di Malaysia kurang mendapat sambutan di negera China? kenapa?? gara-gara masalah ramai yang terlalu pandai.. membuat sarang tiruan, memasukkan bahan-bahan asing kedalam sarang burung asli bagi mendapat harga lebih tinggi.. mencipta sarang merah''' "blood-nest" yang kononnya lebih baik dan lebih khasiat...dan bermacam lagi.. Ini membuatkan industri ini menjadi semakin turun harganya....ANGKARA SIAPA? yang pasti orang yang tidak bertanggung jawab...

Jadi kita kaum bumi ini bagaimana??
Sarang kita yang ada sekilo dua..nak buat apa? nak jual di mana? Pemborong sekarang tidak mahu membeli dengan harga mahal..seba takut modalnya terpendam, beku lama... menunggu kemelut ini diselesaikan...Siapa yang hendak diselesaikan??? kita? bagaimana? secara sendirian...??  Ini tak mungkin berlaku?? kalau sekadar sekilo dua kita boleh pergi jual sendiri keluar negara... tetapi berbaloi ker? Jika di lihat di pasaran online.. pembeli bukan mahukan sekilo dua... tetapi secara "container"  atausekurang kurangnya 10-20 kilo bagi diproses sebagai makanan, ubatan atau cosmetic..jadi bagainama kita yang baru nak mula mencarinya? 

Jawapannya beroperasi secara bersatu... 

Bagaimana nak bersatu? bergerak dalam persatuan atau koperasi... Bolehkah ianya berjaya?? jika kita ikhlas, membantu satu sama lain...WHY NOT??? Satu persatuan Burung layang-layang China baru baru ini membawa keluar sarang burung sehingga 120 kilo ke China baru baru ini! Bagaimana boleh? Kalau harganya di luar negara hanya RM1,000/kilo seperti yang diwar-warkan.. tentunya mereka takkan bersusah payahkan? 

Bolehkah sebuah kooperasi atau persatuan berjaya?

Kenapa tidak? Jika kita dapat mencari sekumpulan kawan-kawan yang berpengalaman dalam berpesatuan atau berkooperasi...dan dengan inspirasi kawan-kawan yang lain... tentu kita boleh pergi jauh kehadapan... disamping bidang perniagaan dan promosi... mencari pelaburan..membuat aset..dan pelbagai kita boleh menjana kewangan yang lumayan melalui industri inikan?

Sarang burung sudah terbukti mempunyai khasiat yang baik sekali...untuk kesihatan, kenapa tak dilaburkan bagi membuat pil-pil yang membantu kesihatan kita umpamanya..dan entah pelbagai lagi yang boleh diterokai.. Negeri China bukan lah sebuah negara sahaja yang membeli sarang burung tetapi promosi kenegara lain seperti Australia dan USA atau Europe.. dalam bentuk sarang  raw atau produk boleh dibuat... tetapi jika berseorangan apa yang kita boleh dapat? siapa yang bakal mendengar cadangan atau angan-angan kita?

Dengan bersatu kita boleh mencuba "fight Back" untuk menjual sarang-sarang kita... Kaum bumi kita sudah punya lebih dari 10,000 buah rumah di Malaysia.. Di bawah bimbingan jabatan PERHILITAN dulu pada tahun 2009 sudah punya lebih dari 8,000 buah rumah..milik kaum bumi.. kalau satu percent sahaja yang bersama ...kita sudah boleh "BUAT WONDERS" SECARA BERSATU... hanky panky  yang diwujudkan sekarang didalam urusan import exsport di pihak kerajaan juga boleh dibawa berunding untuk menyenangkan kita membuat urusan semula... supaya semua pihak dalam kondisi WIN N WIN... pihak kerajaan mendapat hasil dan kita juga membuat keuntungan.. atau JOM KITA BERDEMO..MENUNTUT HAK KITA...HAHAHA tentu bolehkan? Pak Tani di Kedah pun sudah pandai berdemo...kenapa tak pihak pengusaha sarang burung???

Satu idea dari  PAK DIN  yang telah lama ingin di kongsi bersama... BERSATU KITA MAJU.. BERCERAI KITA ROBOH....JOMMMMMMM KITA berjumpa di KUALA LUMPUR untuk mengorak langkah BERLARI KEHADAPAN...DAN MAJU TERUS MAJU...insha Allah

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments