Koperasi Usahawan Burung Layang-layang Sdn Bhd.

Dua hari lepas Pak Din telah menfailkan permohonan bagi menubuhkan sebuah koperasi baru bagi usahawan industri burung layang-layang. Ianya telah disokong oleh pihak pendaftar di Alor Setar Kedah dan kini menunggu approval dari pihak Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan mengambil sempena nama asal burung ini di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar yang juga menggunakan nama di dalam ordinan burung-burung liar yang telah wujud sejak tahun 1950'an. Iaitu nama yang telah diberikan oleh orang tua-tua kita dulu...

Apabila permohonan tersebut   diluluskan kita perlu mengadakan mesyuarat AGM  selewat-lewatnya pada bulan April 2012. Pak Din mencadangkan ianya dibuat di Pendang, Kedah untuk selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad di sebuah resort di Pendang, kira-kira 4 km dari highway utara-selatan. Ianya agak murah dan selesa. Perancangannya pada hari Sabtu satu perbincangan mengenai agenda dan hala tuju koperasi ini akan dibuat terlebih dahulu sebelum AGM yang akan turut dihadiri oleh pegawai dari pembangunan koperasi.

Diharap teman-teman yang telah memberi nama akan dapat hadir diperjumpaan/AGM tersebut bagi membincangkan agenda seterusnya...

Antara perkara yang Pak Din cadangkan untuk dibincangkan ialah:  i. Bagaimana melalui koperasi kita dapat membantu  ahli-ahli menjual sarang dengan harga yang lebih baik dari harga pasaran.. ii. bagi ahli yang berminat untuk turut serta tetapi tidak mempunyai rumah burung...kita boleh membeli saham yang boleh digunakan untuk pembelian sarang ahli/bukan ahli dan keuntungannya diagihkan mengikut saham yang dilaburkan.. iii.  mencari jalan bagi menjual sarang diluar negara bagi mendapat harga yang lebih baik.. iv. membuka kilang bagi mencuci sarang dan memberi peluang kepada anak-anak ahli untuk berkerja dengan gaji yang boleh ditetapkan oleh ahli.. v. Menjana pendapatan melalui pelaburan di dalam kilang pemprosesan sarang bagi membuat minuman/makanan/kosmetik/dll bagi menjana keuntungan yang bakal dikongs bersama.. vi. mendapatkan dana melalui koperasi bagi membuat penyelidikan dalam ..... dan bermacam lagi... mungkin banyak lagi cadangan-cadangan dari bakal-bakal ahli bagi meningkatkan pendapatan ahli/koperasi.. 

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments