Bukit Kepong...Bukit Bersejarah...


Minggu lepas Pak Din diundang ke Bukit Kepong bagi melihat sebuah rumah burung yang sudahlama beroperasi tetapi kini sudah ditinggalkan tuannya yang tidak lagi mampu menyelenggarakannya bukan kerana tidak punya wang..... tetapi.. sudah tidak berupaya berbuat demikian dan anak-anak juga tidak berminat kerana punya kerja lain yang lebih lumayan pulangannya...

Cadangannya rumah burung ini akan dijualkan kepada seorang manager bank yang amat berminat....

Ketika sampai disini Pak Din agak terawal sedikit...jadi Pak Din pun singgahlah dikedai minum di depan jalan... menunggu sambil nak minum... Dalam masa sekejap sahaja sudah ramai yang  datang bersembang dengan Pak Din...mungkin hairan...Pak Din orang 'alien" bagi mereka...dengan membwa sebuah kereta yang juga alien bagi mereka....

Sekejap saja pak Din dok minum, terbukalah cerita pasal sejarah Bukit Kepong....Orang-orang di sini menceritakan tentang peristiwa Bukit Kepong..cerita Polis.. dengan Bukit Kepong..cerita  yang hari-hari keluar di TV3.. Bila ditanya berkaitan siaran yang selalu keluar di TV3 tersebut ramai yang marah katanya... cerita rekaan semata-mata.. ermmmmm ramai juga yang berkata "Terima Kasih pada ......." kerana beliau mereka dapat duit tuntutan RM3,000.00 yang tak pernah dimimpi untuk dapat...

Begitulah ceritanya... Sudah minum, Teman Pak Din yang ditunggu pun sampai...jadi Pak Din pun minta diri untuk pergi melihat rumah burung yang dalam perancangan...
Terletak dihujung kampung Bukit Kepung.... berhampiran dengan kebun kelapa sawit... jauh dipendalaman... tetapi melihatkan rumahnya ADUHHHHHH....begitu cantek sekali.. burung juga begitu banyak berkeliaran di sini...Alangkah sayangnya...ia ditinggal tanpa penyelenggaraan dan pemantauan.. Dengarnya dulu sudah punya kira-kira 30 biji sarng.. tetapi oleh kera tidak dipantau semua sarang telah dimakan dek cicak dan laiN-lain musuhnya.. Dek kerana itu semuaburung sudah terbang mencari rumah lain untuk di diami... SAYANGKAN??



Kini rumah ini bakal dibeli oleh teman Pak Din dan beliau meminta Pak Din membantu membaik pulih rumah ini..Pak Din bersetuju memandangkan ianya bagaikan lubuk emas yang menunggu orang yang berminat.. Tiada rumah lain yang didirikan di sini... 

Mungkin Bukit kepung sudah tinggal sebagai sejarah? yang menunggu masa untuk dibangunkan?? Insha Allah kami sama-sama akan memajukannya..



Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments