Apa Yang Perlu Anda Tahu ????...Siapa Bersalah ? Hampir 100 tahun Industri ini sudah bertahan.

 Yang Mana Satu Sarang Asli ?...dan Yang Sarang Palsu ?...Ini Berlaku Di China .

1.Apa  yang perlu anda tahu?.....
Pada hari ini berlaku 2 perkara yang menjadi tanda tanya dan perlu anda tahu. sekarang terdapat sarang klon (palsu) yang menyerupai sarang burung yang dihasilkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dalam mengusaha mencari keuntungan dan mencipta nama tanpa memikirkan kebenaran.

Memang wujud dalam apa industri apa2 sekali pun.. contoh getah tiruan/telur tiruan/Fab/Kopi Radik/Panadol tiruan dan sebagainya.  Apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan kandungan racun "nitrate" didapati dalam kandungan sesuatu sarang burung. Bukan semua. Kenapa?...wujud pengusaha yang mencuci sarang mengguna kimia ini. (untuk putihkan sarang nampak cantik dan kononnya lebih mahal...). Nitrate boleh menyebabkan Cancer ?? pada badan. So...tak salahlah jika pak din katakan negara China patut buat sekatan dan menbuat analisis pada sarang yang dibeli dari Malaysia....

Sebagai usahawan kita perlu peka dan berusaha untuk menghasilkan sarang yang berkualiti dan selamat dimakan. Sebab itulah kita perlu ada QC untuk rumah burung (sekarang dikilang & sekolah & bangunan JKR dikaitkan dengan sistem ISO, begitu juga dengan banyak organisasi-organisasi lain, kerajaan mahu pun swasta). Keadaan begini telah menyebabkan harga sarang jatuh keparas terendah RM1,400.00 ke RM2,300.00 (Berbanding dahulunya RM4k ke RM5k) bagi yang tak diprocess.

2. Bagaimana mengatasinya?....

Berusaha.....Jangan Putus Asa.....Ribuan RM...telah dilaburkan. Orang yang berputus asa adalah orang-orang yang kecewa dalam hidupnya dan tak bersyukur dari rahmatnya oleh Yang Maha Esa kerana ada hikmah disebaliknya. Tuhan memberi akal kita berfikir...berdoa dan berusaha.  Insha Allah...dimakbulkan apa yang kita hajat tapi jangan lupa zakat/dan apa yang perlu kita buat. Pada pandangan pak din jika kita ada hasil sarang burung kita perlu merubah sedikit menceburi kearah Mencuci Sarang cara sendirian(cuba dulu)?...ok tak. Jika anda cuci sendiri atau suruh sesiapa saudara terdekat .Inshallah anda sudah berjaya selangkah kehadapan.....bayangkan sarang yang telah dibersihkan bernilai RM4k ke RM5k...sekilo. Emm Dimana nak jual?...... mudah dan tak semudah kata-kata. Jika kita ada anak berikan peluang pada mereka ....nanti pak din jelaskan.

3.Siapa Bersalah?...

Harga jatuh ?...sarang tipu?....tiada siapa yang bersalah sebenarnya...adatlah rintangan dalam perniagaan. Yang bersalah kita kerana kita tak berusaha dan bersatu dalam satu kumpulan agar kita dapat berbincang dan berusaha kearah kejayaan. Semua orang ada pengalaman dan dari situ ada penyelesaiannya.....pasti ada......kongsi bersama.....Kekalkan dengan kualiti dan produk kita .Isu2...semasa sebenarnya bersifat sementara. sebab setiap kejadian ada agendanya .siapa?.....

4.Kenapa Harus Jadi Begini?...

Semuanya ketentuan Allah Yang Maha Esa.... cuma kita perlu berusaha .jika jadi begini kita usaha kearah yang menjadi keperluan yang dikehendaki oleh pemgamal undang-undang dan pembeli..akhirnya kita berjaya juga.Tak bererti kita mengalah itu tewas...

5.Apa perlu kita buat ?....

Pak din sendiri telah berusaha ke China / Taiwan dan Jepun... sebenarnya pasaran di sana amat luas dan permintaannya tinggi, dengan penduduk berjuta-juta serta berkemampuan. Cuma kita di sini belum bersedia sepenuhnya untuk kesana dengan pasaran yg mencabar...kita lakukan yang terbaik insha Allah berjaya. Kita tak mampu lakukan kenapa tak diberi pada pewaris kita ?..... contoh (sarang kotor belum dicuci beli harga rm1500- sarang cuci harga rm4000)untuk kasar rm2500. jika 2kilo jika anda export sebulan 4kilo (rm10ribu).Jika setahun?.......siapa yg ingin melancung kesana?....anak? saudara?....semua terjawab bila anda berusaha.

6.Perlukah Kita Teruskan Perjuangan 

Sebagai Usahawan Yang Telah Melabur Ribuan Ringgit ?....penuhkan ilmu di dada jangan anggap kita tahu semua .....belajarlah. Setiap perjuangan ada pergorbanan dan rintangan hanya Allah sahaja yg memberkati rezeki kita .

7.Siapa Yang Berkuasa ?.....

Kita, Pembeli, Kerajaan ?...sebenarnya semua usaha terletak pada kita sebagai usahawan...sebab itu disebut perkataan usahawan. Kita perlu berbangga kerana kita milik rumah burung dan mampu membekal seluruh dunia..perlu diingat hanya di Malaysia/Indon dan Thai ? sebahagian kecil  sahaja yang ada didunia ini.

8.Bagaimana Kita Nak Majukan Industri Ini Untuk Membantu Diri Kita ?.....

Ok.pakdin serankan kita bergerak secara kumpulan atau koperasi atau persatuan...kerana banyak yang perlu kita bincangkan.nanti dalam mengekalkan pasaran dan permintaan.Tubuh koopersi atau persatuan di sini kita kembangkan modal... teroka dan membuka peluang pada ahli-ahli yang belum punya sarang tapi ada rumah / dan yang ingin melabur tapi tak tahu / bersama kita kecapi usaha dan keuntungan. Kata orang banyak kerenah....koperasi atau persatuan. Pada Pak din tak juga asalkan kita berniat jujur dan berusaha untuk masa hadapan.

9.Ekonomi Kita ?...

Kita kukuh..peluang-peluang berniaga akan kita wawarkan di China /Japan dan Taiwan..siapa berminat..?...jv buka showroom di sana.agar perniagaan dapat dijalankan secara B2B dan B2C ( Apatu pak din?...business 2 business /bussines 2 customer) zaman IT...

10.Tiada Pengalaman ?...

Takut? Siapa Perwaris Kita ?....Pengalaman datang dari usaha kita secara pratikal / teori bila kita hadiri kursus-kursus ..../Takut -hanya pada Yang Maha Esa...Jika kita sentiasa berusaha rumah burung kita yang bernila ribuan ringgit dalam 10tahun inshallah akan berhasil ...anak2 kita (Pewaris) yang keluar sekolah boleh kerja cuci sarang dan menjual....jangan lupa menabur baja pada pokok padi yang akhirnya kita akan kecapi hasil bersama...fikirlah.untuk jangka masa panjang.

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments