Usahawan Baru..Manager Bank CIMB.



























Sebuah lagi RBL telah siap dibina. Lokasinya yang menarik telah menarik begitu banyak skali burung apabila rumahnya dilancarkan untuk sementara 2 minggu lepas...

Kawasannya yang terletak di tepi pantai bakau menarik banyak burung datang menjengah.. Pemiliknya telah melabur disini dengan membeli tapak rumah dengan harga sekitar RM40K, pelaburan semata-mata untuk membina RBL ini.. Alhamdullilah tempat yang dipilih begitu berpotensi sekali...
Rumah disiapkan tetapi bekalan letrik dan air belum dapat dimasukkan. Tetapi hari jumaat lepas Pak Din ke tapak, wahh didapati cepat sekali tiang-tiang letriknya  dipasang... Mungkin berkat usaha gigih pemiliknya.. Semalam pemilik rumah ini dijanjikan letriknya akan dimasukkan.

Sama-samalah kita berdoa semoga kejayaan bakal menjadi milik pemiliknya yang bakal bersara dan menumpukan masa sepenuhnya ke dalam industri ini.. Bukan setakat membuat rumah dan mendapatkan sarangnya...tetapi lebih dari itu...beliau berhasrat untuk lebih maju kehadapan dalam pemprosesan dan produk hiliran... Insha Allah dengan dusaha gigih dan doa kejayaan bakal menjadi miliknya..

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments