Reka-bentuk Dalaman RBL Yang Macam Mana Yang Boleh Menarik lebih Banyak Burung??

Hmmmm... Tentu tak ramai yang tahu reka bnetuk rumah burung yang bagaimana yang lebih disukai burung layang-layang ini kan?

Yang pastinya ramai yang tak pernah melihat tempat tinggal yang asal bagi burung layang-layang ini. Terdapat 2 spesies burung layang-layang yang sarangnya boleh dijadikan makanan. satunya yang biasa kita lihat di rumah-rumah burung dan yang lagi satu dikenali sebagai "black-nest swiftlets'. Spesies dari jenis ini hanya banyak tinggal di gua-gua. Tak ada antara kita yanag menceburi industri ini menginginkan burung ini bersarang dirumah kita kan?

Roaming areas yang luas di dalam rumah burung amat penting bagi sang burung untuk masuk kedalamnya. Rumah yang brbilik-bilik yang melengkuk-lengkuk di dalamnya menyusangkan burung ini untuk masuk dan mencrai tempat untuk menapak.. Maklumlah matanya tidak dapat melihat di dalam gelap, terutama di dalam rumah yang gelap gelita tanpa ada sebarang cahaya masuk kedalamnya. 

Jadi roaming area yang luas dan boleh dimasuki straight dari pintu masuk amat digemari oleh sang burung.. apa yang Pak Din buat ialah menyediakan ruangan yang luas di sebelah pintu masuknya supaya tiada halangan bagi mereka untuk masuk. Mungkin setengah pengusaha tidak berpuas hati kerana ruangan tempat membiak yang kurang... tapi pada Pak din ini amat penting kerana melalui pengalaman rumah yang terlalu gelap dan punya ruangan yang sempit untuk keluar masuk dari tingkat atas kebawah mmbuatkan burung takut untuk turun krtingkat bawah. dan kalau sistem bunyi dalaman tidak sesuai burung langsung tak dapat panduan untuk masuk kedalam hingga ketingkat paling bawah..

yang mana lebih rugi? ruangan pembiakan yang kurang atau burung tak masuk kekeseluruhan kawasan dalam rumah? Fikir-fikirkanlah.... Ruangan yang sedikit boleh ditambah tetapi kalau burung tak mampu masuk? sampai bila pun tak menguntungkan kan?

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments