RBL Dari Polystrene


Sebuah RBL yang telah dibina sejak setahun lebih yang lalu...diperbuat daripada polystrene di bahagian dindingnya dan lantainya???  bersaiz 20'x40'x 3 tingkat yang terletak di Muar, Johor. Kosnya melebihi RM100K, telah dilangsaikan semua bayaran tetapi masih belum boleh dikatakan berjaya... kerana ketika Pak Din dipanggil untuk membantu..hanya kurang dari 10 ekor burung yang menginap di dalamnya... Apakah sebabnya???

Pak Din sendiri kurang pasti...tetapi dari apa yang dimaklumkan, burung hanya masuk keluar di bahagian atas bangunan, yakni ditingkat atas sahaja.. di tingkat bawah tiada seekor pun yang turun...Rumah menggunakan gaya terjun untuk burung masuk kedalamnya...Pintu masuk ke bawah iaitu ketingkat pertama  dan kedua menggunakan lubang kecil yang dikongsi bersama tangga untuk pemiliknya naik dan turun... Lubang yang kecil mungkin menyebabkan burung tidak selesa untuk turun ketingkat bawah..

Burung tak masuk adalah disebabkan oleh pelbagai alasan.. Pertamanya: mungkin  kawasan? gaya terjun yang kurang disenangi sang burung? bunyi yang tak bersesuaian? cara panggilan bunyi yang hanya "limited" pancarannya, tidak dapat memanggil burung dari segenap sudut? Burung yang lalu disebelah tepi tidak mendengar panggilan yang dibuat? Keadaan dalaman rumah yang tak "shahdu?" dan bermacam lagikan??

Kenalah difikirkan apa alasannya dan penyelenggaran rumah perlulah dibuat dengan baik mengikut selera sang burung..

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments