Pintu Masuk Burung yang Macam Mana Digemari Burung layang-Layang Gua ini??

Terdapat pelbagai bentuk, saiz, ketinggian lubang masuk tersebut. Ada yang membuatkannya sehingga manusia pun boleh masuk jangan dikatakan lagi musuh tradisi burung layang-layang ini... burung hantu  dari pelbagai jenis/spesies. terdapat juga pintu masuk yang dibuat dengan membina "monkey-house" yang juga pelbagai saiz. Ada pintu masuk yang diperbuat di dinding bangunan dan ada juga yang membuatnya dengan gaya terjun....

Tetapi pintu masuk yang bagaimana disukai sang burung?? tanyalah burung!!! kalau di zaman Nabi Noh dulu mungkin kit bolehlah bertanyakan si burung kan? atau cerita katun dalam TV yang boleh berbual dengan burung.... sebenarnay kini tiada siapa yang tahukan??

Melalui pengalaman membna berpuluh malahan ratusan buah rumah burung, kita boleh mengagak pintu masuk yang bagaimana yang lebih diminati sang burung.. Pada Pak Din dalam keadaan biasa pintu terus di dinding lebih diminati si burung. Kenapa???  ia membolehkan burung terbang masuk kedalam rumah burung dan terus masuk kedalam dan mungkin terus ke bawah, ke tingkat atas, kedua, dan ground floor tanpa gangguan. Keselesaan mereka terbang tanpa halangan menyenangkan mereka keluar masuk. Apabila mereka merasa senang dan selesa maka akan lebih cepat mreka tinggal dan tidur di dalaamnya.

Pintu masuk yang dibuat dengan membina "monkey house" biasanya jika tak cukup besar akan menybabkan burung hanya bermain di monkey house sahaja. Monkey house yang kecil akan membuatkan burung hanya berlegar di atas masuk dan keluar semula. ini akan membuatkan mereka mngambil masa yang lama sebelum mereka masuk dan tuun kebawa, main building. Ini merugikan?? jadi jika mahukan monkey house, pastikan ianya bersaiz besar dan memberi keselesaan pada sang burung untuk keluar masuk.

Kedua-dua pintu masuk di atas boleh dibina menghadap kemana sahaja yang sesuai. Tidak kira menghadap ke matahari terbit atau jatuh. Apa yang penting ianya prelu menghadap ke kawasan lapang yang membolehkan bunyi dipancarkan tanpa halangan. Yang paling penting ia perlu menghadap ke kawasan/arah burung pulang disebelah petang. Ini akan mempercepatkan bagi kita menarik mereka yang sudah kenyangan masuk kerumah kita dan terus tidur di dalamnya. 

Bagi pintu masuk yang mempunyai gaya terjun, ianya paling sesuai bagi kawasan yang mempunyai pokok yang tinggi dan bangunan lain yang tinggi dari RBL kita. Ini akan menyenangkan kita memancarkan suara ke atas, tanpa perlu ber lawanan dengan jiran-jiran yang jika gelombangnya ada "criss-cross" akan mengelirukan sang burung.ianya juga hanya oleh digunakan di kawasan yang burungnya sudah biasa menggunakan gaya tersebut. Jika tidak RBL kita akan lambat menarik burung yang ada ke dalam RBL kita.

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments