Penjualan Sarang Ke Luar Negara....

Terdapat satu masalah besar bagi pengedar dan pembeli sarang burung di Malaysia kini..Untuk orang persendirian mahu membawa sarang keluar negara...sebelumnya hanya sekadar 2 kilo dibenarkan dibawa sebagai seorang "tourist" dan baru-baru ini hanya sekilo dibenarkan mengikut pengistiharaan menteri pertanian dan asas tani..? Kenapa ini berlaku?? Mungkin terdapat tangan-tangan yang mahu membuat keuntungan berlipat ganda?? jadi mereka membuat cadangan-cadangan kepada pihak berwajib bagi menyusahkan orang-orang baru menceburi bidang ini...

Kenapa in berlaku? kerajaan ingin mendapat hasil? Ok jika itu yang dimahukan...kenapa urusan-urusan yang bersangkutan tidak disenangkan kepada semua orang? kenapa dari setahun ke setahun orang ramai yang berminat disusahkan? Jika ada cara yang paling senang? ianya dibuat??? kini bagi sesorang mahu mengeksport sarang burung, kita disuruh pergi dari satu department ke satu department untuk mengambil lesen..dengarnya kementerian pertanian mahu mengutip cukai, kemudiannya pihak kesihatan pula? dan dengarnya kementerian sains dan teknologi dan inovasi pun mahukan habuan mereka juga... Kenapa jadi begini??

Kemanakah kita kaum bumiputera yang baru menceburi bidang ini? Kita sentiasa dimainkan.. harapan kita dulu sebelum menceburinya kita diberitahu ianya satu industri yang lumayan...ya benar dulunya kalau kita bersedia untuk keluar negara dan membawa sekilo sarang untuk dijual...harga sehingga RM20K boleh didapati...tetapi kini?? nakkan sekilo RM5K pun dah susah..kenapa? kalau kita kekedai-kedai yang menjual sarang burung di China... isu nitrite masih menjadi bualan dari mulut ke mulut...Apa peranan kerajaan kita bagi membantu kita?? Entahlah..

Di manakah janji-janji kerajaan yang mahu menyenangkan urusan kita? katanya "tiada konsep pintu yang salah" dalam urusan dengan kerajaan??? Dulunya ketika industri ini dikendalikan oleh Jabatan PERHILITAN, amat senang sekali kita membawa keluar sarang burung untuk dieksport..hanya bayar RM0.10 se gram kita boleh mengambil lesen eksport sehingga berpuluh kilo malah ratusan kilo...TIADA MASALAH. Surat juga dikeluarkan untuk pihak kerajaan China..tiada hanky panky dalam urusan dengan kerajaan. Hasilnya diserahkan kepada kerajaan negeri yang terbabit...hasil dikutip hingga jutaan ringgit..kaedah dipersenangkan sehingga lesen boleh diambil di mana sahaja di semenanjung, setiap negeri dibolehkan mengeluarkan lesen...sekilo dua dibenarkan dibawa keluar bagi menyenangkan "pelancung" yang ingin membeli sarang tersebut dan membawaya balik ke negeri mereka... Kounter di Jabatan PERHILITAN sentiasa sibuk dengan orang ramai yang berminat berurusan dalam industri ini....URUSAN KITA DIPERSENANGKAN!!!

Tetapi kini??? urusan eksport disusahkan.. kita diperlukan pergi ke Putrajaya untuk mengambil borang, kemudian kena pula ke Putrajaya untuk mendapatkan lesen?? pada hari yang lain.. kena tunggu untuk lesen diluluskan...berapa hari tak dapat ditentukan..MANA SOP? yang dimegahkan oleh pihak-pihak tertentu?? ianya tak lagi telus? Dengarnya pula satu "test" perlu dibuat bagi memastikan sarang tiada "nitrite" atau apa? beberapa biji sarang diperlukan untuk kajian.. dan entah apa-apa lagi..?  Hasil kerajaan negeri yang dulu didapati dengan lumayan..kini hilang kemana??? masing-masing berebut untuk mendapatkannya... dan timbul spekulasi yang hasilnya masuk ke poket?? entahlah...

Pihak pengusaha China mempunyai persatuan yang kuat bagi membantu ahli-ahlinya...kita bagaimana? masih bertindak sendirian.. sehingga kita terpaksa "berperang" dengan pihak yang berwajib..yang ingin mengambil tindakan keatas rumah-rumah burung kaum bumi yang baru nak bertapak... Ugutan demi ugutan diterima. rumah diugut akan dirobohkan dalam usaha pemutihan... kenapa ruamh -rumah burung di bandar-bandar tidak dibuat demikian? Rumah burung dikawasan "world heritage" pun sehingga kini masih berdiri teguh tanpa diputihkan?? Kenapa rumah kita yang terletak dipinggiran hutan dan tanah pertanian diganggu gugat? Apakah ada unsur-unsur rasuah dari pihak-pihak tertentu?? 

Dulu nak dapatkan pinjaman perkara yang sama berlaku... berbulan-bulan wang disangkutkan kerana rasuah tak dibayar... sudah teruk benar negara kitakan? semuanya perlu dirasuah baru nak bergerak....Semua nak kaya cepat.. BILAKAH KITA AKAN BERSATU BAGI MEMERANGI UNSU-UNSUR RASUAH INI?? TEPUK DADA TANYALAH HATI...

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments